Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Telefon Pintar Berkualiti Dibuat Dengan Bahan Yang Mengejutkan

Penulis kami diberi peluang mencuba telefon pintar terbaharu Samsung dan menemui beberapa kejutan menarik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 22 April, Samsung telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar yang dinanti ramai iaitu Galaxy A73 5G. 

Persoalannya, adakah Samsung sudah membuat penambahbaikan terhadap perantinya kali ini, setelah mendapat respons daripada pengguna melalui model-model yang pernah dikeluarkan sebelumnya? 

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi ulasan dan pengalaman penulis menggunakan Samsung Galaxy A73 5G.

Model ini mempunyai dimensi sebesar 163.7 x 76.1 x 7.6mm dan memiliki berat sehingga 181g. 

Akan tetapi, jika anda memegang dan melambung-lambungkan di tapak tangan, ia terasa sedikit berat daripada jangkaan. 

Saiz permukaan skrinnya pula sebesar 6.7 inci dan ia dipasang dengan teknologi ketahanan kalis habuk dan air pada permukaan layarnya. 

Selain itu skrin tersebut juga mempunyai resolusi 1080 x 2400 pixels. 

Jadi ia sesuai digunakan oleh individu yang aktif dan lasak. 

Apabila melihat model ini dari jauh, reka bentuknya tidak kurang beza dengan model Galaxy S22 terutamanya pada bahagian belakang peranti. 

Namun ia lebih tebal berbanding siri Galaxy S22 yang agak nipis. 

Bagi sebuah model telefon pintar yang berada pada tahap pertengahan seperti ini, penulis agak terkejut kerana ia dipasangkan chipset Snapdragon 778G 5G (6nm) dan chipset ini merupakan antara 10 chipset terbaik bagi jenis ini. 

Ditambah lagi dengan penggunaan sistem Android 12 dan kadar segar semula sebanyak 120Hz, chipset ini mampu menampung permainan dalam talian yang memiliki sistem grafik yang tinggi.

Beralih kepada kameranya pula, ia mempunyai resolusi sebesar 108MP untuk kamera utama, 12MP mod lebar serta 5MP bagi mod dalaman dan makro. 

Manakala untuk kamera swafoto pula, ia dipasangkan dengan resolusi sebanyak 32MP. 

Peranti ini juga amat sesuai buat individu yang gemar menghasilkan video. Ia mempunyai sistem OIS (optical image stabilization) yang akan membantu menghasilkan rakaman yang tidak bergegar. 

Di samping itu, ia juga mempunyai kualiti rakaman sehingga resolusi  4K, jadi rakaman pasti jelas dan tidak pecah. 

Bagi sebuah telefon pintar yang bernilai kurang daripada RM 3,000 spesifikasi kamera yang ditampilkan adalah satu peningkatan kualiti yang mantap daripada Samsung kerana kadar resolusinya agak baik.

Kemudian penulis turut menguji prestasi audionya dengan mendengar lagu menggunakan aplikasi JOOX. Kedengaran bunyi yang jelas dan mengasyikkan. 

Malah apabila mendengarnya dengan teliti, audio peranti ini mempunyai bunyi bass yang sangat baik kerana ia ditanamkan teknologi Dolby Atmos. 

Menggunakan kapasiti bateri jenis Li-Po dan mempunyai kuasa sebanyak 5000mAh, ia dilengkapi dengan sistem pengecasan segera yang menggunakan aliran elektrik sebanyak 25 WATT sahaja. 

Jadi anggaran masa yang diambil mungkin sedikit lama untuk memenuhkan semula bateri tersebut. 

Dalam perkiraan, ia mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk memenuhkan bateri. 

Model ini juga mampu bertahan sehingga dua hari jika peranti ini ditukarkan kepada mod simpanan bateri.

Walau bagaimanapun ia masih juga bergantung pada kekerapan penggunaannya.

Semasa membelek-belek peranti ini, penulis mendapati satu perkara yang tidak disangka. 

Bahan permukaan belakang peranti tidak diperbuat daripada besi atau aluminium. 

Tetapi ia nampaknya menggunakan sejenis bahan plastik yang tahan lasak. 

Penulis mengesan perkara tersebut apabila mengetuk bahagian belakang badan peranti dengan menggunakan jari dan mendapati ia mengeluarkan bunyi seolah-olah terdapat ruang kosong di dalam. 

Tiada kepastian mengapa Samsung menggunakan bahan tersebut kerana pada pendapat penulis ia sedikit sebanyak mengurangkan ciri eksklusif produk ini. 

Sungguhpun begitu, penulis percaya mungkin Samsung ada sebab tersendiri.

Dikeluarkan dalam varian warna kelabu, hijau pudina dan putih, seunit model ini bernilai RM 2,009 bersama storan 256GB +8GB RAM. 

Secara keseluruhan, penulis merasakan siri kali ini berada di tahap pertengahan atas bersesuaian harga serta sistem teknologi yang ada pada peranti ini. 

Ia cukup berbaloi untuk dimiliki dan masih berada pada tahap kualiti yang bagus. - Getaran, 24 April 2022

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penggunaan Plastik Sekali Guna Ditamatkan Secara Berperingkat - Menteri

3

TARA 8 bulan yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

4

Teknovasi 11 bulan yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini