web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Kekal Tangkas Pelihara Kebajikan Jemaah Haji Di Tanah Suci - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2026 8:47PM

Gambar Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) kekal tangkas dan proaktifcmenterjemah nilai ihsan MADANI dalam memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia terpelihara meskipun berdepan cabaran cuaca panas dan rombakan polisi baharu Arab Saudi.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat 25 Mei, pasukan perubatan KKM di Tanah Suci telah memberikan 28,435 rawatan pesakit luar di tiga kompleks klinik utama pasukan itu.

Beliau berkata sebanyak 278 kes dipantau rapi di Transit Lounge Makkah dan Madinah, selain turut memapah dan membantu 23 jemaah uzur menyempurnakan ibadah menerusi Program Safari Wukuf.

"Namun, di sebalik keteguhan khidmat ini, hati kita turut diuji dengan berita hiba. Di kesempatan ini, mari kita bersama-sama menitipkan selawat dan doa buat 10 jemaah Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah di Tanah Suci," katanya.

Dr Dzulkefly turut meluahkan rasa sebak dan terharu sejurus mengadakan sesi sidang video bersama petugas perubatan KKM di Tanah Suci hari ini.

"Melihat wajah-wajah keletihan yang tetap mengukir senyuman demi menyantuni dhuyufurrahman, biarpun terpaksa mendepani kegetiran cuaca panas melampau yang mencecah sehingga 48 darjah Celsius benar-benar menyentuh lubuk hati saya. Mereka bukan sekadar menjalankan tugas, mereka sedang berjuang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad