web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Terapi Didenda RM4,000 Sebar Berita Palsu Subsidi BUDI95

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2026 3:17PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang ahli terapi pusat rawatan alternatif didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebarkan maklumat palsu berkaitan Budi MADANI RON95 (BUD195) menerusi akaun Facebook miliknya.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Ariffaizal Mohd Nor Ariffin, 46, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dan memerintahkannya dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ariffaizal didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi satu hantaran di Facebook pada 6 April lepas.

Hantaran itu kemudiannya dilihat di Aras 8, MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya kira-kira 5 petang pada 7 April.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad berkata kesalahan dilakukan tertuduh boleh mengundang pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik bersama dengan kenyataan tidak benar sehingga menyebabkan orang ramai menyangka kenyataan itu datang daripada Perdana Menteri sendiri.

"Lepas ini lebih berhati-hati guna media sosial kerana setiap hantaran yang dimuat naik boleh dilihat ribuan pengikut sebelum dikongsi sehingga menjadi tular. Jangan kongsi perkara seperti ini lagi, sebaliknya lebih baik berhenti apabila ia sampai kepada kita di media sosial, sebab dosa dapat, hukuman pun dapat," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri, manakala Ariffaizal diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman terhadapnya diringankan atas alasan menghidap penyakit gout, selain perlu menanggung isteri, bapa yang uzur berusia 80 tahun serta sembilan anak yang masih belajar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

2

Semasa 4 hari yang lalu

Culik Pasangan Singapura, 6 Warga Tempatan Didakwa

3

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Singapura Didakwa Halang Polis, Miliki Senjata Berbahaya

4

Semasa 6 hari yang lalu

Pemuda, Wanita Mengaku Tak Bersalah Aniaya Rocky 

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

oleh Sophia Ahmad