web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam: Mayat Ke-11 Ditemukan, SAR Tumpu 3 Lagi Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 3:03PM

Gambar Pasukan Polis Marin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Satu lagi mayat mangsa bot membawa migran warga Indonesia yang tenggelam di perairan Pulau Pangkor ditemukan pagi ini, menjadikan jumlah yang maut susulan insiden berkenaan berjumlah 11 orang, setakat ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan memaklumkan mayat lelaki itu ditemukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 9.27 pagi tadi di kedudukan 5.6 batu nautika dari lokasi kejadian.

"Mayat berkenaan ditemui oleh aset TLDM (FCB 1001) dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh pada 10.20 pagi tadi," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima diteruskan bermula 7 pagi tadi, dengan radius keluasan kawasan keseluruhan pencarian sekitar 215.14 batu nautika persegi dari lokasi kejadian.

Operasi SAR turut melibatkan tujuh aset melibatkan Kapal Maritim (KM) Malawali (APMM), Benteng 1203 (APMM), KD Sri Indera Sakti (TLDM) FCB 1001 (TLDM), FCB 1030, PSC 16 (Pasukan Polis Marin (PPM)) dan PSC 24 (PPM), yang tertumpu bagi mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian 11 Mei lepas, sebuah bot dipercayai membawa 37 migran warga Indonesia dilaporkan tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju ke beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Video Pukul Anak Kucing Dengan Penyapu Tular, Lelaki Ditahan Aniaya Haiwan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasangan Suami Isteri Didakwa Edar Dadah, Berdepan Hukuman Mati

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal, Bapa Tiri Mengaku Tak Bersalah Untuk 7 Pertuduhan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

5 Ditahan Disyaki Bunuh Penghuni Pusat Jagaan

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad