web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bung Moktar Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2025 2:44AM

Bung Moktar Radin - Gambar The Dewan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi. 

Allahyarham berusia 66 tahun.

Kematian Allahyarham disahkan oleh isterinya, Datin Seri Zizie Izette.

Zizie yang juga seorang pelakon memuat naik poster ucapan takziah menerusi Insta Story sekitar 2.30 pagi tadi.

Terdahulu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Sabah akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Insta Story dimuat naik Zizie Izette sekitar 2.30 pagi
Insta Story dimuat naik Zizie Izette sekitar 2.30 pagi

Perkara itu disahkan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang berkata, Bung berada dalam keadaan kritikal.

“Kedua-dua buah pinggang mengalami kegagalan dan paru-paru dijangkiti dengan teruk.

"Mohon doakan agar segala urusan dipermudahkan," katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham yang dilahirkan pada 14 September 1959 di Kinabatangan sering menjadi perhatian, susulan kelantangannya di pentas politik.

Tidak gentar berdebat atau berdepan dengan sesiapa sahaja, Bung juga sering menjadi sasaran kritikan dek beberapa kenyataan kontroversi dibuat terhadap beberapa ahli politik pembangkang. 

Getaran mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama mereka yang beriman. - Getaran, 5 Disember 2025

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad