web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Tidak Halang Tulis Perkataan ‘Merry Christmas’ Pada Kek Dibawa Pulang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 9:19AM

Kenyataan JAKIM di aplikasi X. - gambar JAKIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hiasan berbentuk ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek dibenarkan untuk produk yang dibeli pelanggan daripada premis yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Bagaimanapun, ia tidak tertakluk kepada produk yang dipamerkan dalam premis terbabit.

Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan ia menghalang premis perniagaan yang mempunyai SPHM menerima permintaan pelanggan menulis sebarang ucapan perayaan pada tempahan kek atau seumpamanya.

Jabatan itu, dalam hantaran melalui media sosial memaklumkan ia adalah isu berbangkit yang pernah dijawab oleh JAKIM pada Disember 2020 dan sekali lagi pada 1 November lalu.

“Tiada halangan bagi premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk menerima permintaan pelanggan menulis sebarang ucapan perayaan pada tempahan kek atau seumpamanya.

“Sila rujuk JAKIM atau JAIN/MAIN jika timbul kekeliruan berkaitan pengesahan sijil #halal,” katanya melalui hantaran di aplikasi X.

Hantaran itu bagi menjawab satu memorandum sebuah syarikat kek tempatan yang juga pemegang SPHM mengenai apa yang dikatakan sebagai larangan menulis perkataan ‘Merry Christmas’ atau ‘X’Mas’ di atas kek.

Sementara itu, dalam satu hantaran melalui Facebook, JAKIM meminta pengguna merujuk kepada kenyataan penjelasan pada Disember 2020.

Berdasarkan kenyataan media itu, JAKIM memaklumkan ucapan perayaan dibenarkan pada produk sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang mendapat persijilan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.

Kenyataan sama menyebut, tiada peruntukan yang menyentuh mengenai sambutan apa-apa perayaan termasuk perayaan Islam dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Pada masa sama, kenyataan JAKIM pada 2020, yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) jabatan itu, juga menyebut, manual berkenaan dan Sistem Pengurusan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MHMS) hanya terpakai bagi pemohon dan pemegang SPHM.

“Sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa tiada halangan bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

“Justeru itu, buat semua pemegang SPHM, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada JAKIM atau JAIN/MAIN (Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri) terlebih dahulu jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Memorandum dalaman syarikat Berry's yang tersebar di media sosial. - gambar media sosial
Memorandum dalaman syarikat Berry's yang tersebar di media sosial. - gambar media sosial

Terdahulu tular di media sosial satu memorandum oleh sebuah rangkaian kedai kek tempatan, Berry's, yang memaklumkan ia tidak dibenarkan menulis perkataan ‘Merry Christmas’ atau ‘X’Mas’ di atas kek walaupun atas permintaan pelanggan untuk kek yang ditempah untuk dibawa pulang. – Getaran, 18 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad