web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Sudah Bertemu Ibu Bapa 2 Pelajar Ditampar Jurulatih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 11:07AM

Fadhlina Sidek - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dua pemain bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih mereka, baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perjumpaan itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas ibu bapa pelajar terbabit berkaitan insiden menimpa anak mereka.

“Kita prihatin dengan isu ini. Keutamaan kita adalah keselamatan dan kebajikan pelajar tersebut. 

“Kita sudah jumpa ibu bapa dan mendapatkan semua maklum balas. Kita tidak berkompromi soal keganasan terutama terhadap pelajar kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun di sini, hari ini. 

Menurut beliau, pihaknya memandang serius insiden itu dan siasatan kes tersebut akan diteruskan khususnya yang berkaitan rapat dengan isu integriti dan tatatertib.

Tular video yang memaparkan seorang jurulatih bola tampar menampar pemainnya pada Kejohanan Bola Tampar Remaja Malaysia 2022 Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang berlangsung 14 hingga 16 Disember lepas. - Tangkapan layar dari video di media sosial
Tular video yang memaparkan seorang jurulatih bola tampar menampar pemainnya pada Kejohanan Bola Tampar Remaja Malaysia 2022 Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang berlangsung 14 hingga 16 Disember lepas. - Tangkapan layar dari video di media sosial

Sebelum ini, tular di media sosial satu klip video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai jurulatih pasukan bola tampar wanita menampar dua pemain pasukan itu.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan melaporkan jurulatih berkenaan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, KPM akan meneliti kes berkenaan secara menyeluruh bukan sahaja membabitkan maklum balas ibu bapa tetapi juga merangkumi pemegang taruh yang lain.

Katanya, KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (KPN) Melaka juga sudah memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar terbabit selain bertemu ibu bapa mereka. 

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, setakat ini KPM belum membuat sebarang keputusan mengenai nasib jurulatih tersebut. 

“Kita masih lagi siasat dan tidak semestinya tunggu laporan polis. Kita boleh siasat sebab kita ada bahagian integriti dan tatatertib,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad