web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Tak Maklum Senarai Perbelanjaan Kempen PRU-14 - Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 6:36PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak tahu mengenai 10 senarai perbelanjaan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 berjumlah RM171,675 yang dikemukakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nurul Hidayah Kamarudin, 33, yang dipanggil semula untuk disoal balas oleh pasukan pembelaan berkata demikian semasa ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq pada perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Ahli Parlimen Muar itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Gobind: Adakah puan tahu mengenai 10 butiran (perbelanjaan) yang YB Syed Saddiq telah kemukakan kepada SPR iaitu bayaran deposit calon (RM10,000), deposit bahan kempen (RM5,000), permit iklan pilihan raya (RM200), iklan pilihan raya (RM50), cenderahati PKR (RM51,784), kos penginapan (RM2,120), peredaran dan pengiklanan (RM29,100), percetakan (RM69,491), bahan fotostat (RM750) dan button badge (RM3,180).

Nurul Hidayah: Tidak tahu.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Mohamed Tahir, saksi pendakwaan ke-28 itu berkata Syed Saddiq tidak memaklumkan kepadanya berhubung pengisytiharan perbelanjaan untuk kempen PRU-14 kepada SPR semasa merakam percakapan tertuduh.

“YB Syed Saddiq hanya memberitahu saya supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada Amshar (merupakan seorang individu yang dikatakan menguruskan kewangan peribadi dan politik Syed Saddiq). Bagaimanapun Amshar menafikan pernah menguruskan resit pembayaran kempen PRU-14 pada 2018,” katanya.

Selain Nurul Hidayah, dua lagi pegawai penyiasat SPRM yang dipanggil semula untuk memberikan keterangan ialah Mohd Syahmeizy Sulong dan Asbi Munip.

Pihak pendakwaan hari ini menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan dan mahkamah menetapkan 6 dan 7 Oktober ini untuk pihak-pihak berhujah.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, ketika itu Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - Bernama

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad