web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pendaki Gunung Kinabalu Alami Sesak Nafas Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 7:55PM

Anggota Bomba Ranau dan MOSAR membawa turun pendaki yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Gunung Kinabalu ke 'Timpohan Gate', semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Dua pendaki yang mengalami sesak nafas dalam kejadian berasingan ketika mendaki Gunung Kinabalu, semalam diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian pertama dilaporkan pada kira-kira jam 7.00 malam, membabitkan wanita yang mengalami sesak nafas ketika berada di VIP 3 Panarlaban Gunung Kinabalu.

“Sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.05 malam, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dan pasukan MOSAR digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan membantu menurunkan mangsa dari lokasi kejadian ke Timpohon Gate. Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Ranau menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau memaklumkan, pada jam 10.11 malam, pasukan JBPM Sabah menerima satu panggilan berhubung pendaki yang mengalami sesak nafas di Kilometer 5.6, iaitu kira-kira 400 meter sebelum Panarlaban.

“MOSAR bersama anggota Taman-Taman Sabah bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan oksigen dan mengiringi mangsa naik ke Panarlaban.

“Lelaki tempatan itu kemudian ditempatkan di Panarlaban dan dipantau dari semasa ke semasa oleh pasukan MOSAR,” katanya. – Getaran, 19 Februari 2022
 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad