web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Resipi Biskut Raya Mudah Untuk Dicuba

Biskut raya yang anda pesan tak sampai dek PKP? Apa kata cuba buat biskut raya sendiri. Mudah saja dengan dua resipi ini.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 3:23PM

Gambar: Julissa Capdevilla, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula hari ini, bazar Ramadan dan raya di seluruh negara mula ditutup kerana penularan kes COVID-19 yang membimbangkan. Sempat atau tidak beli biskut raya kegemaran? Kalau belum, mungkin anda mahu cuba buat sendiri. Masih ada masa untuk sediakannya. 

Mana tahu mungkin nanti biskut ‘air tangan’ anda mendapat pujian ahli keluarga yang datang bertandang di pagi raya nanti. Belum cuba, belum tahu, kan?

Ini ada dua resepi biskut raya yang mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan juga tak susah untuk dicari. Ada Biskut Cornflakes Santan Ayam Brand dan Biskut Mentega Mawar Mekar Dengan Nestlé® Gold™ Corn Flakes.

 

 

Biskut Cornflakes Santan Ayam Brand 

Bahan-bahan:

6 sudu besar Santan Ayam Brand

1 cawan mentega

1 cawan gula

 2 ½ cawan tepung

1 ½ sudu teh serbuk penaik

 ½ sudu teh garam

 2 sudu teh perasa vanila

2 biji telur, dikacau

3 cawan corn flakes, dihancurkan

Penyediaan:

1) Panaskan ketuhar sehingga suhu 180 ◦C.

2) Masukkan mentega, gula dan santan dalam mangkuk. Campurkan dan kacau selama satu minit sehingga campuran sebati

3) Dalam mangkuk yang lain, pukul telur. Masukkan telur dalam campuran tadi.

4) Tambahkan perasa vanila dan kacau sebati.

5) Dalam mangkuk berasingan,campurkan garam, tepung dan serbuk penaik. Pukul sebati. 

6) Perlahan-lahan kacau ke dalam campuran santan. Gunakan spatula untuk membentuk doh dan letakkan dalam peti sejuk selama setengah jam.

7) Letakkan corn flakes yang hancur di dalam loyang atau mangkuk besar. Dengan menggunakan sudu, cedok doh bersaiz kecil dan gaulkan dengan corn flakes. Letakkan doh yang telah siap dalam kertas baking. Ulang langkah ini sehingga doh habis.

8) Bakar sehingga keemasan dan keluarkan. Biarkan sejuk.

Kredit foto : Ayam Brand

 

Biskut Mentega Mawar Mekar Dengan Nestlé® Gold™ Corn Flakes

Bahan-bahan:

125 gram mentega

65 gram gula aising (diayak)

1 biji telur bersaiz kecil

120 gram tepung gandum (diayak)

100g Nestlé® Gold™ Corn Flakes, dikisar halus

1 titik atau sedikit pewarna makanan (merah jambu)

Penyediaan:

1) Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Tambahkan telur perlahan-lahan, kemudian masukkan tepung dan Nestlé® Gold™ Corn Flakes. Gaul sehingga sebati dan bahagikan kepada dua adunan.

2) Tambahkan pewarna merah jambu kepada salah satu adunan.

3) Masukkan kedua-dua adunan ke dalam beg paiping dengan muncung 10 mm. Paipkan adunan membentuk bunga ros di atas dulang pembakar.

4) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C, selama 15 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya selama 20 minit. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba & selamat hari raya! Getaran -10 Mei 2021

Kredit foto : Nestlé® Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi