web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Awal Ashaari, Scha Alyahya Dan Lara Alana Diumumkan Sebagai Duta KFC Malaysia

Raikan kenangan Ramadan dan Syawal bersama KFC dan Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama anak sulung mereka, Lara Alana.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keluarga selebriti terkenal Malaysia, pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama anak sulung mereka, Lara Alana, diumumkan sebagai duta KFC Malaysia pertama di upacara pelancaran kempen KFC ‘Raikan Cara Kita’ yang dilangsungkan semasa buka puasa di KFC Wangsa Maju. 

Kempen Raya bertajuk ‘Raikan Cara Kita’ memulakan penyatuan antara selebriti terkemuka ini dengan jenama kegemaran rakyat Malaysia, KFC dalam projek-projek kerjasama sehingga April 2022 untuk membina kesedaran jenama lebih baik terhadap kempen-kempen pemasaran KFC, menu baharu dan inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosialnya – ‘Add Hope’, inisiatif global KFC edisi tempatan dalam usaha untuk mengakhiri kebuluran. 

“Kami berdua menyaksikan sendiri secara langsung KFC menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah warga korporat penyayang, di mana kami terlibat secara aktif dalam program ‘Add Hope’ sebagai jurucakap selama 6 tahun.

“Apabila KFC melamar kami untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai duta keseluruhan jenama ini, kami amat teruja dengan peluang ini. Seperti rakyat Malaysia yang lain, KFC merupakan jenama yang dekat di hati kami.

“Kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada warisan jenama Malaysia ini serta berkongsi pengalaman ini bersama anak kami, Lara,” kata Awal dan Scha. 

Tambahan lagi, “Apa yang lebih menarik lagi kami memulakan tanggungjawab duta KFC kali ini sebagai satu unit keluarga dengan kempen Raya. Bagi kami, KFC pada musim Ramadan dan Raya adalah sinonim dan ia dipamerkan melalui kempen Raikan Cara Kita.

“Kami tidak sabar untuk berkongsi memori KFC Raya kami bersama anda, dan kami mahu mendengar kisah KFC Raya anda juga!”

Raikan Cara Kita meraikan perikatan dan keriangan yang dibawa oleh KFC semasa bulan Ramadan dan Syawal. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah nostalgik KFC Raya melalui media sosial dengan hashtag #RaikanCaraKita. 

Menambahkan lagi kemeriahan sambutan Ramadan dan Raya, ‘Add Hope Meal’ – menu istimewa untuk waktu terhad yang mengandungi juadah-juadah signature KFC dikembalikan bagi meningkatkan dana terhadap Program Add Hope, untuk disumbangkan kepada keluarga, badan-badan bukan kerajaan dan Rumah Kebajikan yang layak dalam usaha untuk menyokong inisiatif membasmi kebuluran di Malaysia. Dengan setiap pembelian Add Hope Meal sama ada di restoran atau atas talian, 50 sen akan didermakan.  

Untuk maklumat lanjut tentang KFC Raikan Cara Kita dan Add Hope Meal, layari www.KFC.com.my atau muat turun mobil aplikasi KFC Malaysia. – Getaran, 26 April 2021.

Semua gambar: Ihsan KFC

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi