web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syarikat Pengeluar Makanan Jepun Mohon Sijil Halal JAKIM Malaysia

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 11:30AM

Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain (kiri). Gambar: Mohd Hilmizudin, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banyak syarikat pengeluar makanan Jepun memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk mereka, kata Duta Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi.

Beliau berkata syarikat-syarikat itu juga mahu menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk untuk memasarkan produk halal mereka ke destinasi lain.

"Sebaik mendapat sijil halal JAKIM, mereka berharap dapat memulakan eksport, menjadikan Malaysia pintu masuk produk halal mereka ke pasaran lain," katanya ketika melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Isnin.

Oka menambah Jepun juga berminat untuk meneroka bidang kerjasama perdagangan baharu dengan Malaysia termasuk dalam peralatan perubatan dan teknologi.

Menurutnya Jepun kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19, terutama di dua bidang - iaitu dalam alat perubatan dan memberikan bantuan dan sokongan untuk sistem rangkaian sejuk bagi mengangkut vaksin.

Mengenai penubuhan kampus luar negeri pertama Universiti Tsukuba di Malaysia, menurutnya rancangan itu berjalan lancar dan kampus berkenaan dijangka dibuka pada 2023 dengan pendaftaran bermula tahun depan.

Beliau berkata projek ini akan menjadi lambang kerjasama masa depan antara Malaysia dan Jepun ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur tahun depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kedutaan berusaha untuk terus meningkatkan hubungan sesama rakyat kedua-dua negara antaranya menerusi seni dan budaya, serta pelancongan.

“Kami harap dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia, terutama generasi muda untuk berminat dengan apa sahaja mengenai Jepun, seperti animasi, pelancongan dan pendidikan. Saya fikir itu adalah titik permulaan yang bagus untuk membuat rakyat kita saling mengenali dengan lebih baik,” katanya.

Beliau juga menyatakan wujud asas hubungan yang kukuh Malaysia-Jepun di Malaysia yang dibina berdasarkan kepercayaan dan keyakinan antara rakyat kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Ketibaan Oka dan setiausaha pertama kedutaan Mitsuhiko Sugita disambut Ketua Pegawai Eksekutif agensi itu, Datuk Mokhtar Hussain.

Oka turut diberi penerangan mengenai operasi Bernama sebelum mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pegawai atasan.  

Beliau turut meluangkan masa melawat Jabatan Media Digital Bernama dan Bernama News Channel. - Bernama

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi