web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Rasa Bagaikan Mimpi” - DJ Lin Terharu Dapat Tajaan Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadan

Menurut DJ Lin, peluang keemasan ini tidak mungkin ditolaknya kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:00PM

Sebagai pengurus besar, berat untuk DJ Lin meninggalkan anak-anak buahnya di Suria FM, namun rezeki yang hadir ini dianggap sebagai peluang keemasan yang tidak mungkin dia lepaskan - Gambar Instagram DJ Lin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang paling tepat untuk menggambarkan tentang betapa untungnya penyampai radio popular iaitu DJ Lin apabila telah mendapat tajaan untuk menunaikan umrah di bulan Ramadan.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 47, dia seakan tidak percaya apabila ditawarkan untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan.

DJ Lin
DJ Lin

“Rezeki ini datang dalam sekelip mata. Saya ada perjumpaan dengan ‘client’ iaitu Al Ridzuan Travel yang datang dari Pulau Pinang. 

“Mereka merupakan penaja waktu solat di Suria FM. Sewaktu sedang berbual, mereka beritahu akan berangkat ke tanah suci pada bulan ramadan untuk menunaikan umrah. Tiba-tiba mereka tanya saya, sama ada saya nak turut serta.

“Sejujurnya saya memang telah memasang niat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan. Tetapi mungkin rezeki itu belum ada. Saya tak pernah menyambut Ramadan di Mekah dan Madinah. 

“Sampai sekarang saya rasa seperti tidak percaya, saya diberikan rezeki ini. Saya asyik tanya pada pemilik Al Ridzuan Travel iaitu Ustaz Ridzuan, betul ke saya akan pergi menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan. 

“Sewaktu dia datang untuk ambil passport pun saya tanya dia sekali lagi, betul ke saya akan pergi ni. Saya rasa seperti sedang bermimpi. Tetapi dia kata Lin, ini memang realiti. Mungkin Allah berikan rezeki untuk Lin melalui Al Ridzuan Travel,” katanya. 

Kongsi DJ Lin lagi, umrah kai ini merupakan kali ketiga untuknya. Kali terakhir dia mengerjakan ibadah umrah adalah pada tahun 2012.

“Sudah dua kali saya mengerjakan umrah, Tetapi saya teringin merasai menjalani ibadah umrah di bulan puasa. 

“Selalu dengar cerita orang bahawa menunaikan ibadah umrah di bulan ramadan sangat indah, luar biasa dan sentuhannya berbeza. Saya ingin merasai pengalaman itu sendiri dan tak sangka Allah membuka laluan untuk saya dengan cara yang paling mudah,” ujarnya. 

Katanya lagi, sebagai pengurus besar, berat untuknya meninggalkan anak-anak buahnya di Suria FM, namun rezeki yang hadir ini dianggap sebagai peluang keemasan yang tidak mungkin dia lepaskan.

“Saya harapkan doa daripada semua orang agar saya selamat pergi dan pulang juga segala urusan ibadah dipermudahkan,” pintanya menutup bicara. - Getaran, 21 Mac 2023

Sorotan

1

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

2

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

3

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

4

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

5

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

6

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad