web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rawatan Laser Menguatkan Otot Faraj, Apa Hukumnya?

Rawatan yang lebih dikenali sebagai Laser Vaginal Tightening ini biarpun harganya tidak murah, namun ia mendapat sambutan baik dalam kalangan wanita masa kini.

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 8:23PM

Grafik rawatan mengetatkan faraj.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fakta yang tidak boleh diabaikan ialah kepuasan dalam hubungan kelamin dalam sebuah perkahwinan memainkan peranan penting dalam kebahagian.

Dek kerana itulah, ramai wanita sanggup menjalani rawatan atau mengambil supplemen untuk memastikan mengekalkan ‘prestasi’ mereka.

Selain itu, ramai juga yang mengamalkan senaman kegel untuk menguatkan otot-otot faraj. Namun, dengan kepesatan teknologi, kini terdapat rawatan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berkemampuan.

Laser Vaginal Tightening atau rawatan laser menguatkan otot faraj digelar sebagai rawatan pulih dara moden dan ia tidak menyakitkan. 

Rawatan ini menggunakan laser perangsang khusus untuk merangsang pertumbuhan kolagen, ia akan mengetatkan dinding faraj, dengan itu mengembalikan rasa yang lebih muda. Ia juga membantu mengurangkan masalah inkontinen kencing.

Selain itu, terdapat juga testimoni mengatakan bahawa rawatan ini juga membantu mereka yang mengalami kekeringan dan jangkitan faraj yang berulang.

Persoalannya, adakah rawatan ini boleh dilakukan oleh umat Islam? Bagi mendapatkan jawapannya, kami telah merujuk laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas mereka, rawatan ini melibatkan proses mengubahsuai ciptaan-Nya. Oleh itu, solusi hukum berdasarkan tujuan serta keadaan-keadaan berikut :

1. Harus bagi tujuan merawat penyakit (daruriyyat) atau kecacatan akibat kesan kemalangan agar dapat mengembalikan semula bentuk asal serta memulihkan fungsinya.

2. Haram bagi tujuan kosmetik (tahsiniyyat) semata-mata mahupun meningkatkan kepuasan seks pasangan. Larangan tersebut atas faktor -faktor berikut:

* Kelonggaran faraj merupakan proses semula jadi yang berlaku akibat penuaan, atau kekerapan bersalin, maka ia termasuk dalam mengubah ciptaan-Nya.

* Ancaman fitnah kerana melibatkan pendedahan aurat yang bukan bertujuan keperluan perubatan.

Oleh itu, hukum melakukan rawatan laser vaginal tightening ini bergantung kepada niat atau sebab melakukannya. Sama ada ia bertujuan kosmetik semata-mata atau atas dasar maslahat daruriyyat atau hajiyyat.

Ini kerana, rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak (daruriyyat) dan bukan semata-mata untuk kecantikan serta kepuasan nafsu.

Fahami Maksud Mengubah Ciptaan Allah

Mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang ditetapkan pada makhluk-Nya; sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Ini berdasarkan dalil- dalil berikut:

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ

Maksudnya: Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu. (Surah al-Rum (30)

Sebarang prosedur rawatan yang membawa kepada perubahan anggota badan manusia semata-mata untuk kecantikan tanpa keperluan adalah diharamkan oleh syarak. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Allah melaknat wanita-wanita yang bertatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah”. Riwayat Muslim

Niat atau tujuan adalah perkara pertama yang dijadikan pertimbangan dalam penentuan hukum. Ini berdasarkan satu kaedah fiqh yang masyhur:

الأمور بمقاصدها

Maksudnya: “Setiap perbuatan berdasarkan kepada niatnya.”

Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti menyatakan bahawa perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT melalui rawatan kosmetik perlu dilihat dari sudut maslahat kepada individu dan tujuan pelaksanaannya.

Sekiranya rawatan berada pada tahap keperluan mendesak (daruriyyat) dan menghindarkan dari kepayahan (hajiyyat), maka perbuatan ini dibenarkan oleh syarak.

Namun, jika ia berada pada tahap tahsiniyyat (kesempurnaan) yang bersifat semata-mata untuk mencantikkan dan memperelokkan diri, maka hukumnya adalah haram.

Untuk penjelasan terperinci, anda boleh ke https://www.muftiwp.gov.my/. – Getaran, 17 Februari 2024

Foto : https://www.inter-medic.net

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

oleh Wartawan Getaran