web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan PN Bakal Lumpuhkan PAS Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 12:38PM

Pada 12 Oktober lalu, jawatankuasa kerja pusat PAS telah memutuskan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU-15, sekali gus menangguhkan MN dengan UMNO yang dibentuk pada 2019. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan PAS untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berkemungkinan melemahkan parti islam tersebut. 

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, langkah menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan menyukarkan PAS dalam membuat persediaan untuk meraih undi.

Menurut beliau, ini kerana PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyasarkan blok (kawasan) pengundi Melayu yang sama dengan UMNO mempunyai ‘jentera terkuat’ antara ketiga-tiga parti itu.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

“Dengan menjadikan UMNO sebagai pesaing, PAS berada dalam keadaan yang amat merugikan kerana UMNO mempunya daya tarikan paling hebat dalam kalangan pengundi Melayu.

“UMNO dan PAS kini bersedia untuk menentang satu sama lain terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu (negeri dikuasai PAS), di mana akan berlaku pertembungan antara kedua-duanya.

“Dalam kes ini, UMNO berada pada kedudukan yang lebih baik kerana mereka mempunyai tarikan lebih besar dari segi undi Melayu berbanding BERSATU,” katanya.

Semasa mesyuaratnya pada 12 Oktober lalu, jawatankuasa kerja pusat PAS memutuskan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU-15 dan menangguhkan Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO yang dibentuk pada 2019.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengumumkan UMNO dan BN akan bergerak secara solo pada PRU-15 berikutan keputusan PAS itu.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

Pada 14 Oktober, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan berkempen dengan logonya secara eksklusif di negeri di bawah pentadbirannya sambil bertanding di bawah logo PN di kawasan lain.

Sementara itu, pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, kerjasama PAS dengan PN memberikan peluang untuk membangkitkan semula sokongan pengundi di kawasan bukan kubu kuatnya yang lebih pelbagai.

“Berpihak kepada PN memberi (PAS) fleksibiliti untuk merumuskan semula mesej agama mereka dalam penyampaian yang lebih mudah diterima umum di kawasan tertentu, terutamanya kawasan bandar dan campuran etnik.

“Di negeri lain, logo bulan melambangkan ekstremisme agama walaupun bukan jenis ganas. Oleh itu, adalah lebih strategik (PAS) bertanding di bawah logo PN di negeri ini,” katanya kepada The Vibes.

Beliau juga menegaskan kesediaan PAS untuk membenarkan ahli politik BERSATU bertanding di bawah panji PAS di kawasan utara dan timur laut masih samar.

“Gabungan yang sihat mesti berkerja dua arah. PAS tidak boleh mengharap untuk menyimpan semua kerusi selamat untuk diri sendiri sambil mensubkontrakkan kerusi marginal kepada BERSATU.”

Kubu kuat PAS cukup untuk pastikan kemenangan?

Dalam pada itu, pemerhati politik, Azmil Tayeb dari USM bagaimanapun berpendapat, keputusan PAS bekerjasama dengan PN mungkin tidak merugikan seperti yang diramalkan orang lain, jika kubu kuat PAS kekal teguh menyokong parti itu.

“Saya tidak pikir (kerjasama PAS dan PN) akan menjejaskan peluang PAS pada pilihan raya. PAS akan kekal berdaya saing di kubu kuatnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“PAS melindungi nilai pertaruhannya sekarang. Jika PN menang (PRU-15), maka status quo akan kekal, tetapi jika BN menang, PAS mungkin akan dijemput (untuk membentuk kerajaan baharu) kerana tidak mungkin BN akan menang secara majoriti,” katanya.

Azmi Tayeb - Gambar dari soc.usm.my
Azmi Tayeb - Gambar dari soc.usm.my

Azmil turut berkata, walaupun UMNO membuat pendirian tegas menolak PAS berikutan kerjasamanya dengan PN, PAS nampaknya kekal berminat untuk menjalin kerjasama bersama UMNO.

Beliau juga mengaitkan ini dengan penafian Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kerjasama dengan PN diterjemahkan kepada penolakan MN, selain daripada petunjuk  Hadi bahawa PAS mungkin mempertimbangkan kerjasama pada masa hadapan dengan UMNO “apabila masa sesuai”.

Adakah pecah undi memberi manfaat kepada Pakatan Harapan (PH)?

Senada dengan Azmil, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, walaupun PAS kononya akan terus berkuasa di kubu tradisinya, parti itu mungkin secara tidak sengaja menyumbang kepada pesaingnya, PH.

“Kebanyakan undi Melayu tetap kepada UMNO, tetapi PAS boleh mencairkan sebahagian undi UMNO, sekaligus menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada PH jika ketiga-tiganya bertanding di kawasan sama.

“PAS dan UMNO adalah saingan tradisi sejak sekian lama. Walaupun mereka bekerjasama, ia tidak jelas bahawa mereka akan meningkatkan tahap sokongan satu sama lain.

“Bagaimanapun, jika mereka bertembung, undi mereka akan berpecah,” katanya. - The Vibes, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad