web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjuangkan Politik Individual, Negara Bakal Kehilangan Pemimpin Jika Hanya Pilih Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 11:30AM

Kecenderungan memilih pemimpin berdasarkan parti diwakili membuatkan negara ketandusan individu benar-benar berkelayakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERENDAH - Politik harus bersifat individual dan tidak lagi berorientasi parti semata-mata, bagi memastikan negara tidak lagi terperangkap dalam kebejatan sang pemimpin.

Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, kecenderungan memilih pemimpin berdasarkan parti diwakili membuatkan negara ketandusan individu benar-benar berkelayakan.

Menurut beliau, hakikat itu terbukti benar dan dapat disaksikan ketika ini, apabila sebahagian besar pemimpin negara terdiri daripada wakil parti tertentu.

“Kita ada ramai pemimpin berkelayakan, tapi semuanya terpinggir hanya kerana parti yang mereka wakili tidak mendominasi pentas politik negara.

“Kita memerlukan pemimpin berbakat yang mampu menyelamatkan negara daripada segala kerosakan dialami ketika ini,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di bilik operasi PKR Hulu Selangor di sini.

Dr Sathia Prakash Nadarajan
Dr Sathia Prakash Nadarajan

Jelas beliau, laungan dan keinginan untuk menang oleh majoriti parti politik negara ini kedengaran di mana-mana, namun realitinya, tiada sebarang usaha dibuat ketika ini oleh pemimpin sedia ada untuk menyelamatkan negara.

“Adakah kita akan memilih individu yang hanya tahu merungut dan menyalahkan ekonomi global sebagai faktor kemunduran negara?

“Kita dapat lihat banyak negara sudah mulai bangkit dan tidak hanya menjadikan kelembapan ekonomi dunia sebagai faktor ‘kemiskinan’ mereka. Singapura sudah bangkit, Thailand juga begitu malah Indonesia,” tegasnya.

Dr Sathia menambah, mentaliti rakyat dan ahli politik harus berubah dan berpegang pada prinsip bahawa segala yang dilakukan, harus berpaksi kepada kepentingan negara.

“Perkara paling asas, ketepatan masa. Jika majlis harus bermula jam 8 pagi, maka pastikan ia bermula 8 pagi, bukan dua jam kemudian.

“Apabila saya mula menceburi arena politik, ramai yang memberitahu, dunia politik tidak boleh dikorporatkan. Ia tidak akan berjaya, kata mereka. Tapi hari ini, saya sudah buktikan, bermula dengan menepati waktu,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Dr Sathia yang juga pemilik rangkaian klinik SP Care berkata, keinginan sesetengah parti yang kononnya sudah bersedia mahu ‘menawan’ Malaysia amat menggelikan hati.

Menurut Dr Sathia, negara ini ada ramai pemimpin berkelayakan, tapi semuanya terpinggir hanya kerana parti yang mereka wakili tidak mendominasi pentas politik negara - Gambar Fail
Menurut Dr Sathia, negara ini ada ramai pemimpin berkelayakan, tapi semuanya terpinggir hanya kerana parti yang mereka wakili tidak mendominasi pentas politik negara - Gambar Fail

“PAS baru-baru ini bercakap mereka mahu mentadbir negara. Mereka tidak mampu ‘menjaga’ Kelantan pun! Bekalan air bersih misalnya, masih menjadi permasalahan di negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

“Kenyataan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai rasuah juga amat menjengkelkan. Lupakah beliau siapa penjenayah rasuah terbesar ketika ini,” katanya, merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini berdepan hukuman penjara 12 tahun akibat skandal rasuah SRC International. 

Dr Sathia menarik perhatian, politik bertunjangkan agama perlu dihentikan kerana ia hanya membawa kepada perpecahan kaum.

“Ramai yang bersandarkan kepada tiket agama untuk memainkan sentimen tertentu. Saya sendiri tidak anti kepada mana-mana agama kerana semuanya menyeru kepada kebaikan, namun perilaku ahli politik menjadikan agama sebagai ‘tunggangan’ ini menjadikan ia sesuatu yang jelik dipandang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu akan mencalonkan dirinya sendiri bagi bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15.

Katanya, beliau sudah bersedia untuk membawa Malaysia ke arah lebih baik, dengan bantuan serta sokongan individu yang tulus, jujur dan ikhlas. 

“Saya tak mungkin mampu bergerak sendirian, tapi langkah awal bermula hari ini. 

“Ia memang sukar, tapi dengan strategi dan perancangan teliti, saya tahu ia boleh berjaya,” katanya. - Getaran, 4 September 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad