web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Daripada Salahkan Kaum, Lebih Baik Abdul Hadi Jawab Mengapa CPI Merosot?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 2:32PM

Kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera merosakkan politik dan ekonomi negar dibidas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP menempelak kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa majoriti daripada golongan paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara adalah dalam kalangan bukan Islam serta bukan Bumiputera.

Malah, tiga pemimpin terbabit yang juga anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, iaitu Young Syefura Othman, Syahredzan Johan dan Sheikh Umar Bagharib Ali mengingatkan Abdul Hadi bahawa indeks persepsi rasuah (CPI) Malaysia merosot sejak PAS berada dalam kerajaan.  

Menerusi kenyataan bersama, mereka mendakwa perkara tersebut menunjukkan bahawa ketiadaan iltizam politik pemimpin, merencatkan usaha Malaysia membasmi rasuah hingga ke akarnya.

“Lebih teruk apabila pemimpin sendiri bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ini bukannya soal bukan Islam atau bukan Bumiputera seperti mana dakwaan Abdul Hadi. Tanggungjawab memerangi rasuah merentasi kaum dan agama.

“Daripada menyalahkan sesuatu kaum, lebih baiklah Hadi jawab dahulu, mengapakah kedudukan indeks persepsi rasuah Malaysia menjadi lebih buruk sedangkan PAS sendiri berada dalam kerajaan sejak 2020?,” menurut kenyataan itu hari ini.  

Terdahulu, menerusi kenyataannya, Abdul Hadi menegaskan, usaha menangani ‘penyakit rasuah’ wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan tidak menyeluruh sehingga ke akar umbi, khususnya terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.

“Mereka juga golongan paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin Melayu DAP berkenaan turut mengingatkan Abdul Hadi supaya berhenti daripada sikap sewenang-wenangnya mengaitkan rasuah dengan sentimen perkauman sempit.  

Tegasnya, ajaran Islam menolak perbuatan rasuah tanpa mengira kaum atau warna kulit.  

Dalam Hadith, tambahnya, Islam mengecam sesiapa sahaja yang memberi dan menerima rasuah dengan meletakkan taraf kedua-duanya ke dalam neraka.

“Tahukah Hadi, CPI menunjukkan negara seperti Denmark, Finland dan New Zealand sebagai antara negara teratas melawan rasuah? Bahkan negara jiran Malaysia, iaitu Singapura sendiri pun jauh meninggalkan kita,” katanya.  

Jelas mereka, negara tersebut bukan majoriti beragama Islam tetapi kesungguhan mereka melawan rasuah adalah jauh lebih baik daripada negara ini.

“Banyak perkara mendorong amalan rasuah. Laporan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 mendedahkan, punca rasuah berlaku ekoran kurang sokongan, kurang kesedaran, kerenah birokrasi, kurang pengesanan awal, kurang usaha mencegah rasuah serta kelemahan penguatkuasaan.  

“Selain itu, kelemahan pentadbiran Malaysia ekoran manipulasi terhadap sistem dan prosedur menjadi punca amalan rasuah tertinggi mencecah 36 peratus. Konflik kepentingan membabitkan kuasa budi bicara, kuasa mutlak dan campur tangan politik pula menyumbang sebanyak 33.12 peratus,” katanya.  

Bagi rekod, kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 yang dikeluarkan Transparency International (TI) terus jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga 57 pada 2020. - Getaran, 21 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM