web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Perdana Menteri Mesti Dihormati' - Azhar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 2:31PM

Ismail Sabri (kiri) dan Ahmad Zahid (tiga dari kiri) bergambar selepas Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021, di WTC, semalam - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihormati bukan kerana namanya tetapi kerana beliau adalah Perdana Menteri, kata pemimpin UMNO.

Ketua UMNO Beruas, Datuk Azhar Ahmad turut menyentuh mengenai Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menyatakan kedua-duanya menanggung satu amanah yang besar.

"Institusi presiden mesti dihormati dan dijaga. Kita hormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan atas nama Ahmad Zahid, tetapi kita hormat institusi presidennya. Samalah juga Perdana Menteri, bukan atas nama (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob), dia tidak ada apa-apa, tapi dia menanggung satu amanah besar.

"Perdana Menteri yang mesti dihormati bukan saja namanya Ismail Sabri,"

''Kebetulan beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, kita mesti menghormati beliau semasa beliau memegang jawatan ini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, hari ini.

Dalam pada itu,  Azhar mengulangi gesaan parti supaya tidak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP atau BERSATU pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau menambah, Barisan Nasional (BN) mesti menghadapi PRU15 yang semakin hampir sebagai gabungan solo, mengulangi kata-kata 'No DAP, No BERSATU, No Anwar".

"Kita mahu jadi dominan sebab mana-mana parti yang tidak jadi dominan, maka tidak akan ada kestabilan

"Untuk mencapai kestabilan, UMNO mesti dominan dalam mentadbir negara, dan itu adalah satu kemestian,'' katanya.

Pada PAU tahun lepas, Zahid menolak kerjasama dengan Anwar, DAP dan BERSATU, sambil menambah BN akan bertanding di bawah logonya sendiri pada PRU akan datang. - The Vibes, 19 Mac 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad