web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengamal Media Antara Pengundi Terakhir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 6:50PM

Raja Jaafar (kiri), Asnah dan Abd Malek menunjukkan jari mereka yang sudah dicelup dakwat selepas selesai mengundi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengamal media antara tiga pengundi terakhir di pusat mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd Khir Johari di sini, petang tadi.

Jurufoto Utusan Malaysia, Raja Jaafar Raja Ali, 58, tiba di pusat mengundi itu pada jam 5.50 petang sebelum selesai mengundi pada jam 5.54 petang.

Raja Jaafar yang sudah sembilan kali mengundi dalam pilihan raya, turut menjadi pengundi ke-400 bagi saluran empat di pusat mengundi berkenaan.

Dia yang tinggal di Taman Sierra Perdana, Pasir Gudang berkata, tugasnya sebagai jurufoto yang perlu merakam perjalanan proses mengundi sepanjang hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyebabkan dia hanya sempat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat pada saat akhir.

“Saya keluar rumah jam 7.30 pagi dan terus menjalankan tugas sebagai jurufoto. Disebabkan tugasan yang sangat padat, saya hanya dapat ke pusat mengundi pada jam 5.50 petang.

“Saya bersyukur pagar pusat mengundi masih dibuka dan saya masih sempat untuk mengundi,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi berkenaan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Asnah Omar, 53, dan Abd Malek Abd Rahman, 37, juga sempat menjejakkan kaki ke pusat mengundi itu sebelum jam 6 petang.

Menurut Asnah, dia yang tinggal di Taman Gembira di sini, bekerja sebagai juruwang dan pulang bekerja pada jam 8 pagi tadi.

“Saya baru habis kerja jam 8 pagi tadi. Akibat letih saya tidur dan berehat terlebih dahulu. Selepas itu, saya mengemas rumah dan baru keluar mengundi,” katanya.

Rodyisnansyah menunjukkan jam tepat 6 petang sebelum menutup pagar pusat mengundi.
Rodyisnansyah menunjukkan jam tepat 6 petang sebelum menutup pagar pusat mengundi.

Abd Malek pula berkata, dia bergerak dari Jementah, Segamat pada jam 1.30 petang dan singgah di Peserai, Batu Pahat bagi menghantar isterinya yang mengundi di DUN Semerah.

“Saya tinggal di Kampung Melayu Majidee di sini, dan saya memang tidak risau terlambat kerana sudah membuat rancangan masa perjalanan dari Segamat ke sini,” kata pekerja ladang itu.

Tepat jam 6 petang, Penyelia Pusat Mengundi DUN Larkin di SK Mohd Khir Johari, Rodyisnansyah Julaihi menutup pagar sekolah itu menandakan proses mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah pun tamat. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad