web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penting Buat ‘Bangsa Johor’ Keluar Mengundi Hari Ini - Penganalisis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 2:51PM

Seorang pengundi membuang undi di pusat mengundi SK Taman Sutera Perling hari ini sempena PRN Johor. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suka atau tidak pada politik, rakyat diseru untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bukan sekadar tuntutan demokrasi namun tanggungjawab demi masa depan negeri lebih baik.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, tindakan itu adalah penting walaupun sering dipandang ringan oleh masyarakat.

Menurut beliau, mengundi merupakan struktur paling asas untuk keseluruhan sistem demokrasi yang merupakan hak rakyat.

“Mungkin sukar untuk memastikan penglibatan secara langsung dan aktif warganegara dalam politik, sebab itulah mengundi dilihat jalan paling mudah dan berkesan bagi sekurang-kurangnya memastikan proses demokrasi berfungsi dengan baik.

“Walaupun undang-undang tidak mewajibkan setiap warganegaranya untuk mengundi, ia tetap bahagian terpenting dalam pemerintahan. Tambahan pula, pilihan raya turut menjadi komponen terpenting dalam sistem demokrasi kerana mekanisme asas dalam membentuk kerajaan,” katanya, hari ini.

Mujibu berkata, mengundi bukan sekadar mekanisme memilih kerajaan namun mampu memastikan pelaksanaan pembangunan dapat diutamakan, pemantapan pemerintahan dan pentadbiran di samping menguatkuasakan pemantauan dengan berkesan.

“Kerajaan hanyalah sebahagian daripada institusi pemerintahan. Siapa juga memerintah, aspek kebebasan serta keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan adalah tunjang utama yang harus dipertahankan.

“Dalam hal inilah mengundi sepatutnya menjadi lebih bermakna kerana ia akan menjadi alat semak dan imbang,” katanya.

Mujibu Abd Muis
Mujibu Abd Muis

Pada masa sama, beliau menegaskan dengan tindakan mengundi, orang ramai mampu memperkasakan ekosistem yang membentuk keseluruhan aspek berkerajaan.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM itu berkata, pengundi bukan sahaja memilih anggota legislatif dan eksekutif, namun turut dipertanggungjawabkan dengan kuasa penuh pemerintahan.

“Justeru, konsep konvensional tentang mengundi ini sepatutnya lebih meluas daripada sekadar memilih kerajaan. Sebab itu, konsep mengundi mesti dibentuk berdasarkan kerangka pemerintahan yang inklusif berbanding elektoral yang sempit.

“Masalahnya setiap kali pilihan raya berlaku, aspek elektoral lebih menonjol melebihi yang sepatutnya. Mengundi diperincikan dengan konteks persaingan yang menawarkan sesuatu bersifat material. Sebab itu, pengundi hanya melihat undi sebagai alat berbanding menjadi matlamat,” katanya.

Lantaran itu, menurut Mujibu, sangat penting buat masyarakat meletakkan makna pengundian dalam konsep teori yang betul serta keluar daripada konteks konvensional.

Jelasnya, kalau mengundi hanya sekadar memilih kerajaan, maka proses demokrasi hanya sekadar kewajipan untuk mengadakan pilihan raya semata-mata.

“Hasilnya, ia turut meminimumkan kepentingan mengundi sebagai hak demokrasi dan akan menyebabkan pengundi terpinggir daripada memahami makna sebenar mengundi dan sistem pilihan raya.

“Buat warga Johor, kalian hari ini mempunyai peluang untuk mengubah makna mengundi dan memperkasakan maksudnya yang sebenar,” katanya.

Peratusan terkini rakyat negeri Johor yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 kini mencecah 29 peratus.

Perkembangan sehingga jam 12 tengah hari ini dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi tadi bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad