web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polemik Politik Hingga DUN Johor Bubar Beza Dengan Melaka - PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 8:34AM

Syed Ibrahim Syed Noh ketika berucap pada program walkabout dan ceramah di Bilik Gerakan Utama Gambir, malam tadi. Turut hadir Anwar Ibrahim (dua dari kanan). - Gambar dari Facebook Syed Ibrahim Syed Noh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Polemik politik sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan amat berbeza dengan senario menyelubungi Melaka sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya di negeri itu pada November tahun lalu. 

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia sangat berbeza kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan hanya kerana alasan tidak mempunyai kestabilan dalam kerajaan. 

"Saya sebut di Melaka tak sama seperti mana di Johor. Kita tak boleh nak bandingkan secara sama sahaja. Saya rasa berbeza. 

"Jadi sebab itu saya sebut kalau di PRN Johor, fokus utama adalah kegagalan kerajaan untuk menangani masalah rakyat," katanya ketika ditemui media pada program walkabout dan ceramah di Bilik Gerakan Utama Gambir, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Syed Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik merupakan calon yang akan diangkat oleh PH sebagai Menteri Besar sekiranya memenangi PRN Johor. 

Beliau berkata, nama mantan Menteri Pendidikan itu tidak pernah disebut ketika pimpinan tertinggi PH melakukan perbincangan berkenaan perkara tersebut. 

"Itu (Maszlee) disebut oleh media. Bukan oleh kami, saya pun tak keluarkan apa-apa kenyataan dan bagi saya itu adalah sebagai anggapan pihak media. 

"Tidak ada rundingan pun dan perbincangan. Bagi saya, itu bukan perkara utama dan kita boleh susun strategi masing-masing di peringkat PH tapi setakat ini tiada bincang yang jelas kerana ia bukan keutamaan," katanya. 

Dalam pada itu, ditanya apakah yang dilakukan PKR selepas pertembungan dengan MUDA di DUN Larkin, Syed Ibrahim berkata pihaknya komited untuk tidak melanggar perjanjian yang telah dilakukan parti tersebut bersama AMANAH dan DAP. 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ledang itu mengakui, jentera partinya kini sedang bekerja keras dan usaha berkenaan diperluaskan agar kemenangan berpihak kepada PKR.

"Kita tidak akan melanggar seperti mana MUDA (lakukan). Itu prinsip kita pada rakan-rakan di AMANAH dan DAP. Kerusi yang ditandingi oleh MUDA itu merupakan rundingan bersama DAP dan AMANAH. 

"Tapi kita nak bagi sokongan kepada calon MUDA saya rasa secara wajarnya kena fokus kerusi kami. Soal pengundi, kita serah kepada mereka tapi dari segi jentera dan sokongan, kita mesti bantu untuk memastikan calon menang," katanya. - Getaran, 3 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad