web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Umum Calon Di Setiap DUN, 3 Exco Bertanding Semula

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:20PM

Muhyiddin bercakap pada Majlis Memperkenalkan Calon PRN Johor 2022 hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga Exco Johor diumumkan antara 56 calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal berentap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Mereka adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Tosrin Jarvanthi; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full.

Tosrin dipilih untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, manakala Mohd Solihan dan Dr Chong, masing-masing dicalonkan untuk DUN Gambir dan DUN Tangkak.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, parti itu mengemukakan 15 calon yang bertanding semula di negeri berkenaan, termasuk mantan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang mengekalkan kerusi disandangnya di DUN Bukit Kepong.

Katanya, parti itu turut menampilkan 41 calon muka baharu pada pilihan raya negeri kali ini.

“Dalam senarai 56 calon PN diumumkan, sebanyak 33 calon adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), manakala PAS meletakkan 15 calon dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) (8).

“Kita turut menyenaraikan calon ini daripada pelbagai profesion seperti usahawan, ahli perniagaan, doktor perubatan, guru, pensyarah, peguam dan akauntan bertauliah.

“Manakala, tahap pendidikan calon kita juga adalah daripada lulusan diploma sehingga doktor falsafah,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Calon PRN Johor 2022 di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiusaha Agung BERSATU dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, satu proses angkat sumpah dan aku janji bagi semua calon PN akan diadakan esok.

“Angkat sumpah ini penting supaya setiap calon dipilih akan lebih amanah dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab kepada pengundi di Johor,” katanya.

Ketika ditanya siapakah calon Menteri Besar sekiranya PN memenangi PRN Johor, Muhyiddin berkata, ia bakal diumumkan awal bulan depan sempena pelancaran manifesto parti itu. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad