web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sertai WARISAN Bukti Mazlan Bujang ‘Pengkhianat’ Bangsa Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 5:57PM

Mohd Solihan Badri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang yang dijangka menyertai WARISAN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai mementingkan diri demi mendapat peruntukan lumayan daripada parti itu.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd Solihan Badri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Mazlan sedia melakukan perkara sama jika ada pihak dari luar negara mahu menaja beliau menubuhkan parti baharu di Malaysia.

Katanya, rakyat Johor harus mengelak daripada terpedaya dengan tawaran WARISAN melalui Mazlan, kerana misi serta objektif parti tersebut tidak menepati aspirasi mahupun keperluan rakyat di negeri itu.

“Pembabitan dengan WARISAN membuktikan beliau tidak lagi mendapat perhatian atau tempat di kalangan pemimpin semua parti utama, walaupun pernah menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Hasni Mohamad, ketika mengumumkan keluar BERSATU pada 27 Januari lalu.

“Mazlan pada tarikh sama turut mengisytiharkan dirinya tidak akan menjadi ahli mana-mana parti tetapi menyokong BN,” katanya hari ini.

Spekulasi bahawa Mazlan dijangka menyertai WARISAN terbongkar selepas gambarnya dipaparkan seketika di skrin besar semasa Majlis Pelancaran Parti Warisan Johor, di Taman Sutera, di Johor Bahru, Selasa lalu.

Paparan yang hanya tertera untuk beberapa saat itu menunjukkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkenaan sebagai sebagai Koordinator Johor.

Difahamkan, paparan tersebut muncul disebabkan kesilapan teknikal sebelum Ketua Koordinator Johor, Suhaimi Salleh tampil berucap pada program berkenaan.

Mohd Solihan turut mempersoalkan mengapa Mazlan tidak menyertai UMNO dan bersama Hasni pada PRN Johor yang akan berlangsung 12 Mac ini.

Tegas Ketua Penerangan BERSATU itu, ia menunjukkan Mazlan tidak mempunyai keikhlasan dan ketulenan jiwa dalam berjuang sehingga sanggup membawa aspirasi parti tempatan Sabah kepada rakyat di Johor.

“Kita juga sangsi dengan matlamat dan hala tuju WARISAN serta tindakan parti itu untuk bertapak di Johor.

“Dalam senario ini, matlamat tindakan Mazlan untuk terbabit dengan WARISAN mungkin tercapai kalau niatnya sekadar untuk memuaskan hati atau menunjukkan bantahan kepada BERSATU, tetapi ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada politik serta Bangsa Johor,” katanya.

Mazlan juga jelasnya, terbukti tidak begitu berminat dengan parti selepas menyandang jawatan Pengerusi BERSATU Negeri Johor.

“Ini dibuktikan apabila beliau tidak menghadiri mesyuarat atau menyertai aktiviti parti selepas itu.

“Mazlan juga kerap bercakap secara terbuka di depan Menteri Besar Johor dan Exco lain yang beliau tertunggu-tunggu saat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selain memberitahu tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya,” katanya. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad