web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengunduran Mohamaddin Tak Jejaskan WARISAN - Awang 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 9:00PM

Pemimpin parti WARISAN menjelaskan parti berkenaan tidak terjejas meskipun Mohamaddin Ketapi memutuskan untuk keluar dari WARISAN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Tindakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sama sekali tidak menjejaskan parti itu.

Ketua Penerangan WARISAN Sabah, Datuk Awang Ahmad Sah berkata, WARISAN di bahagian Lahad Datu dan negeri kekal kukuh dalam perjuangan.

Awang berkata keputusan Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama ini tidak mengejutkan dan telah dijangka, ekoran dari sikap dan tindak tanduk beliau.

"Kita telah lama jangka kerana sebelum ini beliau tidak mempedulikan sebarang aktiviti politik yang dirancang oleh pimpinan parti pusat untuk dibuat di Lahad Datu.

"Beliau juga telah lama tidak mengendahkan parti. Tetapi, tindakan beliau ini tidak akan memberikan kesan kepada WARISAN," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas bersama barisan wakil rakyat Lahad Datu dan pemimpin pusat, pagi tadi.

Dalam sidang media itu Awang berkata, mereka tidak menolak kemungkinan berlaku 'politik wang' dalam perkara ini.

Ini kerana katanya, ramai wakil rakyat WARISAN menerima pelbagai tawaran untuk meninggalkan parti.

"Ini terpulang kepada individu itu sendiri, samada memilih untuk terus bersama atau meninggalkan parti.

"Bagi kami yang penting adalah perjuangan, bukan duit dan WARISAN akan terus berjuang untuk semua hak rakyat Sabah yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963," tegasnya.

Sementara itu, wakil rakyat kawasan Tungku yang juga Ahli Majlis Tertinggi WARISAN, Assafal P. Alian berkata, Mohamaddin akan berdepan dengan tindakan berlandaskan perlembagaan parti.

Katanya, tindakan Mohamaddin itu melanggar undang-undang ditetapkan parti.

"Kita serah kepada pemimpin pusat untuk mengambil tindakan terhadap perkara ini dan kita juga serahkan kepada kepimpinan untuk melantik ketua bahagian 'Caretaker' sebelum pemilihan pada mesyuarat perwakilan akan datang.

"Kita mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau (Mohamaddin) untuk perjuangan beliau selepas ini," tambah beliau.

Sabtu lalu, Mohamaddin mengumumkan keputusan beliau untuk meninggalkan parti demi pembangunan dan kemajuan kawasan Lahad Datu dan Segama.

Keputusan tersebut bermakna, WARISAN kehilangan kerusi Parlimen Lahad Datu dan kerusi DUN Segama secara serentak.

Turut membuat keputusan yang sama adalah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada 8 Oktober lalu. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad