web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Sindumin, Yusof Keluar Warisan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 1:36PM

Dr Yusof Yacob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), untuk menjadi ADUN Bebas, yang menyokong kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketika mengumumkannya, Yusof berkata, tindakan itu adalah keputusan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Tindakan ini juga, jelasnya, dibuat atas keinsafan dan kefahaman berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah agar pemimpin politik berkerjasama tanpa berlandaskan parti dalam usaha memerangi COVID-19.

"Saya sudah lama berpolitik dan sudah berusia, saya tidak mahu membuang banyak masa untuk berpolitik atau retorik dan mahu fokus untuk berkerja serta menyumbang kepada rakyat.

"Tindakan saya ini juga membolehkan saya berkerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat yang saya wakili," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Yusof, 66, menang kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 760 undi dalam saingan tiga penjuru, sebelum mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, tahun lepas dengan majoriti 424 undi dalam saingan enam penjuru.

Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN pada pilihan raya tersebut, kini tinggal 20 kerusi setelah ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia November tahun lepas dan ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar parti pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Yusof turut bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada parti selepas ini.

Jelasnya, beliau juga tidak akan memujuk mana-mana ahli untuk mengikuti jejak langkahnya meninggalkan parti.

Menurut Yusof, beliau telah berbincang dan menyatakan hasrat keluar parti dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Semporna itu tiada halangan untuk beliau berbuat demikian. -  Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad