web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelukan Akhir Ndakasi, Si Gorila Yang Pernah Ceriakan Dunia

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 11:12AM

Bauma memeluk Ndakasi untuk kali terakhir sebelum gorila itu mati. - Gambar dari dailymail.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kira-kira 14 tahun yang lalu, Andre Bauma menemui Ndakasi, seekor gorila betina yang hampir mati. Dia kemudiannya menyelamatkan Ndakasi dan melindungi haiwan berkenaan daripada hujan lebat.

Namun pada malam 29 September lalu, Bauma sekali lagi mendakap erat Ndakasi dan merapatkan binatang itu ke dadanya selama beberapa jam.

Rupanya ia adalah pelukan terakhir sebelum Ndakasi menghembuskan nafas akibat sakit berpanjangan yang dialaminya sebelum ini.

Penyakit Ndakasi tidak mampu diubati oleh veterinar, di Taman Negara tertua di Afrika iaitu Virunga.

Gambar terakhir yang dirakamkan antara Bauma dan Ndakasi amat meruntun jiwa.

Mulut Ndakasi terbuka dan nafasnya tersekat-sekat ketika telinganya dirapatkan ke dada Bauman, mungkin mahu mendengar degupan jantung Bauma, bagi menenangkannya.

Meskipun Bauma memakai pelitup muka, namun kesedihan pada wajahnya itu tidak dapat disembunyikan.

Bauma seolah-olah tidak percaya bahawa dia akan kehilangan haiwan yang diumpamakan seperti anak dan sukar menerima kenyataan Ndakasi sudah tiada.

Gambar gorila yang menyelit dalam swafoto Virunga ini menjadi viral. - Gambar dari dailymail.co.uk
Gambar gorila yang menyelit dalam swafoto Virunga ini menjadi viral. - Gambar dari dailymail.co.uk

Beberapa tahun lalu, Ndakasi menjadi selebriti antarabangsa apabila gambarnya di dalam hutan di Afrika ketika menyelit dalam swafoto seorang renjer, Mathieu Shamavu menjadi viral di media sosial.

Keyakinan dan riak muka Ndakasi ketika itu sama seperti manusia. Hingga ramai yang tidak percaya ia sebenarnya adalah seekor binatang.

'Ya, ia benar!' kata Virunga, ketika netizen tertanya-tanya sama ada Ndakasi adalah seekor gorila atau manusia yang menyamar dan memakai sarung gorila.

Ibu Ndakasi, Nyiransekuye, ditembak di kepala oleh pemberontak di hutan Congo, 14 tahun lalu. Ketika pasukan renjer menemui Nyiransekuye, anaknya iaitu Ndakasi masih menyusu dan ketika binatang itu hanya sepanjang 18 inci.

Ndakasi kemudiannya diselamatkan oleh Bauma dan dia mendakap Ndakasi serta melindunginya daripada kesejukan hutan.

Tanpa disangka Ndakasi dapat hidup meskipun keadaannya ketika itu hampir nyawa-nyawa ikan.

Gorila itu kemudiannya dinamakan sebagai Ndakasi, iaitu sempena nama seorang renjer, Benjamin Ndakasi Lola, yang meninggal dunia setahun sebelum itu.

Pada 2009, pusat pemuliharaan haiwan ditubuhkan dan Bauma dilantik sebagai pengurus.

''Saya bangga menjadikan Ndakasi sebagai kawan. Ia merupakan satu keutamaan untuk menjaga binatang yang penyayang ini, apatah lagi Ndakasi menderita sejak kecil.

''Saya sayangkannya seperti anak dan personalitinya yang ceria membuatkan saya tersenyum setiap kali berinteraksi dengannya. Dia membantu saya berhubung dengan gorila lain dan memberikan pemahaman kenapa kita perlu melindungi mereka.

''Gorila mempunyai sesuatu dalam jiwa mereka menyebabkan mereka rapat dengan manusia,'' kata Bauma. - Daily Mail

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad