Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Buang Sahabat, Walaupun Kadangkala Hati Terluka, Pendapat Tak Sama

Kita juga perlu ingat, setiap daripada kita punya watak tersendiri untuk dimainkan bagi meneruskan kehidupan yang direncanakan Tuhan yang Maha Esa.

Kolum Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 1:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik, kini kita sudah berada di Jumaat terakhir 2023. Begitu pantas masa berlalu.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa ini. Masih mampu bernafas di bumi bertuah ini. Masih mampu menikmati sebuah kehidupan yang selesa biarpun perjalanannya tidaklah semuanya indah.

Namun, sebagai insan yang kerdil, saya cukup bersyukur kerana Allah itu Maha Baik dan Penyayang. Ketika hati ini sedang berduka, Dia pulihkan jadi gembira. Jika fikiran buntu dengan masalah itu dan ini, Dia tunjukkan jalan yang mudah untuk terus bertahan.

Semalam, hati ini dijentik lagi apabila menerima satu khabar duka. Rakan seperjuangan dalam dunia kewartawanan, Fiza Kamaruddin kembali ke negara abadi setelah lama bergelut dengan pembunuh paling digeruni oleh kaum wanita, kanser payudara.

Saya sesungguhnya tersentak, tidak menduga dia pergi secepat ini. Lebih-lebih lagi saya tahu Fiza bukanlah calang-calang orangnya.

Semangat juangnya kuat. Namun, siapalah kita hendak menolak ketentuan Ilahi. Sudah sampai masanya dia dipanggil pulang. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kepulangan Fiza ini sebenarnya memberi satu tamparan buat saya. Saya mula mencongak, berapa ramai kawan atau sahabat yang sudah lama tidak dihubungi? Tidak bertanya khabar berita? Ternyata senarainya panjang.

Satu sebabnya kami tidak berhubung adalah kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing. Selain itu ada juga kerana ‘sentap’, terluka hati kerana kata-kata atau perbuatan yang yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Benar, ada nama-nama yang sukar untuk saya maafkan kerana hati parah terluka. Bahkan, saya simpan dendam. Allahuakhbar! Malunya saya. Sedangkan Tuhan ampunkan umatnya.

Saya lupa, makhluk yang bernama manusia itu punya pemikiran yang tidak sama, perangai juga berbeza.

Untuk hidup secara harmoni, kita harus mencari satu titik persamaan. Kita juga perlu ingat, setiap daripada kita punya watak tersendiri untuk dimainkan bagi meneruskan kehidupan yang direncanakan tuhan yang Maha Esa.

Jalan kita pasti tidak sama. Don’t judge! Jadilah seorang pemaaf. Tak perlu sikit-sikit tersentap, sikit-sikit merajuk. Berfikirlah secara matang. Benda yang kecil tidak perlu diperbesarkan atau diperpanjangkan. 

Walau apa jua keadaannya, teruskanlah bersahabat, berkawan kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput pulang.

Selalulah bertanya khabar berita. Jika punya kesempatan, carilah masa untuk berjumpa, berkumpul melakukan aktiviti yang dahulunya sering dilakukan bersama-sama. Paling tidak, keluar menjamu selera sambil berbual panjang. Manfaatkan masa yang ada kerana hidup ini bukan abadi, ia hanyalah sebuah persinggahan.

Rapatkan kembali silaturrahim kerana ada banyak pahala dan kebaikan yang menanti untuk anda.  Allah SWT berfirman:

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah al-Nisa’ (1)

Rasulullah juga bersabda, “Barang siapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan dihindarkan daripada kematian yang buruk maka hendaknya dia bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahim (tali persaudaraan). - [HR Ahmad 1150].

Selain itu, jauhkan daripada sifat dengki, iri hati kerana mungkin esok atau lusa kita sudah tidak bernyawa lagi. Jangan sesekali membuang sahabat kerana kita tidak tahu mungkin dia nanti adalah orang yang akan menarik kita masuk ke syurga.

Terima kekurangan sahabat dengan seadanya dan jaga pertuturan sebaik-baiknya agar tidak ada hati yang terluka.

Doakan juga sahabat kita sebaik-baiknya. Paling penting, ikhlaskan hati dalam bersahabat. Bukan kerana rupa, harta benda mahupun kemasyuran! – Getaran, 29 Disember 2023

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Kolum 3 jam yang lalu

Kisah Anak Gen X: Selamat Hari Star Wars!

oleh M.Zulkifli