Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1,000 Ikan Siakap 90 Sen Habis Dijual Dalam Sejam

Kisah Kita Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 4:32PM

Dalam masa sejam 1,000 ikan siakap yang dijual pada harga 90 sen seekor habis terjual. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Simpati dengan nasib golongan memerlukan termasuk yang terjejas banjir, seorang peniaga ikan di Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjual ikan siakap pada harga 90 sen seekor bagi ikan seberat kira-kira 700 gram, hari ini.

Sauffian Sauji, 36, berkata harga istimewa yang ditawarkan itu sangat murah berbanding harga jualannya iaitu RM10 hingga RM11 seekor bagi saiz sama.

Menurut pemilik kedai 'Ikang Flyover' itu, sebanyak 1,000 ekor ikan siakap dijual dengan harga murah pada hari ini, dengan had pembelian maksimum enam ekor seorang dan kesemua ikan sangkar itu habis terjual dalam tempoh 40 minit.

"Sambutan hari ini cukup luar biasa. Seawal 6 pagi orang sudah beratur, pekerja saya pun belum sempat buka kedai orang sudah serbu. Keseluruhan ikan siakap yang kita bawa hari ini adalah sebanyak 4,000 kilogram lebih. Sebanyak 1,000 ekor kita jual 90 sen seekor dan selebihnya kita jual dengan pelbagai harga tetapi masih murah seperti RM10 untuk tiga ekor dan RM6 seekor.

"Ikan siakap ini kita ambil dari penternak ikan sangkar di Pulau Pinang. Pada 3 petang semalam bekalan ikan sampai di Terengganu dan hari ini kita terus jual jadi memang ikan-ikan ini segar. Kita juga jual pelbagai ikan lain seperti ikan kembung, udang belang dan lain-lain lagi pada harga murah daripada pasaran," katanya ketika ditemui pemberita di kedainya di Kuala' Ibai, dekat sini hari ini.

Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan ikan siakap yang berharga 90 sen seekor. - gambar BERNAMA
Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan ikan siakap yang berharga 90 sen seekor. - gambar BERNAMA
Pelanggan boleh membeli ikan siakap pada harga 90 sen seekor, terhad kepada enam ekor saja. - gambar BERNAMA
Pelanggan boleh membeli ikan siakap pada harga 90 sen seekor, terhad kepada enam ekor saja. - gambar BERNAMA

Menurut Sauffian, jualan murah itu juga bersempena dengan pembukaan cawangan keempat kedainya dan bercadang mengadakan jualan ikan siakap pada harga 80 sen seekor pada masa akan datang.

"Kita buat ini pertama memang untuk membantu mereka terkesan dengan banjir dan kurang berkemampuan kerana ikan siakap ini boleh dikatakan agak mahal untuk dibeli terutama keluarga yang mempunyai anak ramai. la juga bersempena dengan pembukaan cawangan 'Ikang Flyover' keempat hari ini.

"Bila saya tengok sambutan sangat menggalakkan, saya ingin buat jualan murah lagi pada masa akan datang, tidak perlu tunggu pembukaan cawangan baharu. Mungkin lepas ini kita akan jual 80 sen seekor pula," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan Halimaton Mohamad, 45, berkata dia berharap lebih ramai peniaga menjual barangan makanan termasuk ikan pada harga murah bagi membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi peningkatan kos sara hidup masa ini.

"Baguslah jual murah begini, orang kurang berkemampuan seperti saya pun dapat makan ikan siakap. Selama ini asyik makan ikan Selayang sahaja. Harap peniaga ikan ini dapat jual murah sebegini lagi pada masa akan datang," katanya yang membeli enam ekor ikan siakap.

Selain ikan siakap, orang ramai juga boleh membeli makanan laut lain pada harga murah. - gambar BERNAMA
Selain ikan siakap, orang ramai juga boleh membeli makanan laut lain pada harga murah. - gambar BERNAMA

Sementara itu Shahmi Hapizi, 24, dari Kampung Sungai Kerak dekat Marang berkata dia hanya sempat membeli tiga ekor ikan siakap yang dijual pada harga RM10 kerana ikan siakap yang dijual lebih murah itu telah habis.

"Saya tidak tahu ada yang datang ke sini seawal 6 pagi. Apabila saya sampai pada 9 pagi tadi saya lihat orang juga telah berkurangan dan ikan siakap 90 sen seekor pun sudah habis," katanya sambil berharap jualan murah berkenaan dapat diteruskan kerana ia sangat membantu mereka kurang berkemampuan. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China