Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengusaha 'Kepok' Lega Cuaca Semakin Baik Di Terengganu

Kisah Kita Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 8:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Keadaan cuaca yang semakin baik di Terengganu memberi kelegaan kepada pengusaha keropok keping ikan, di sini apabila membolehkan mereka kembali menjalankan rutin harian termasuk menjemur kepingan makanan ringan kegemaran ramai itu.

Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, berkata bekalan keropok keping di kedainya semakin berkurang akibat hujan sejak awal bulan ini.

"Berbanding tahun lepas, teruk lagi tahun ini sebab hujan dari awal bulan (Disember). Banyak keropok rosak sebab bila kita jemur, berlaku hujan. Baru hari ini boleh jemur.

“Mujur kita ada buat stok sejak awal untuk jualan musim cuti ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Mohd Bukhori satu hamparan jemuran melibatkan sebanyak 50 kilogram (kg) keropok keping ikan mampu menjana pendapatan sebanyak RM900 dan mendapat permintaan tinggi terutama daripada penduduk tempatan serta pelancong.

"Alhamdulillah, harapnya panas sampai ke petang, musim cuti ni pun bekalan hampir tak cukup. Hari ini dapat jemur... esok kita boleh jual lah,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Dis lepas kini pulih sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan pusat pemindahan sementara terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di Kuala Nerus yang menempatkan enam orang daripada satu keluarga ditutup pada 2 petang tadi. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China