web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mawar Taif Kembang Mekar Pada Bulan Ramadan

Walaupun di kelilingi padang pasir, namun bunga mawar mampu kembang melata setiap tahun pada musim bunga di Taif, Arab Saudi.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 2:20PM

Gambar: Fayez Nureldine, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali tibanya musim bunga, mawar kembang melata di bandar Taif yang terletak di barat Arab Saudi, menjadikan beberapa bahagian lanskap padang pasir negara itu dihiasi warna merah jambu dan mengeluarkan bau yang harum.

Pada bulan April, ia akan dituai untuk dijadikan minyak esen, yang digunakan untuk mencuci dinding luar Kaabah di Mekah.

Kebetulan pula pada tahun ini, penuaian jatuh pada bulan Ramadan yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia untuk beribadah sepenuhnya.

Para pekerja di ladang Bin Salman menjaga dan memetik ribuan bunga untuk menghasilkan air dan minyak mawar, yang juga dianggap berharga dalam industri kosmetik dan kulinari.

Gambar: Fayez Nureldine, AFP
Gambar: Fayez Nureldine, AFP

Minyak mawar yang cukup wangi adalah sangat terkenal di kalangan jutaan umat Islam yang mengunjungi tanah suci Mekah setiap tahun untuk ibadah Umrah dan Haji.

Bunga mawar juga sudah lama menjadi menjadi motif yang sering digunakan dalam kesenian Islamik.

Dikenali sebagai bandar mawar, Taif mempunyai sekitar 800 ladang dengan 300 juta pokok mawar setiap tahun. Kebanyakan ladang ini membuka pintu kepada pelawat untuk melawat ladang mereka.

Sementara para pekerja bekerja di ladang, memetik bunga, ada sekumpulan pekerja lain bekerja dalam bangsal, mengisi dan menimbang bakul-bakul berisi bunga-bungaan dengan tangan.

Bunga-bunga ini kemudiannya direbus dan disuling.

“Kami merebus bunga-bunga ini pada suhu yang tinggi sehingga ia hampir tersejat dan proses ini mengambil masa sekitar 35 minit,” kata Khalaf al-Tuweiri, pemilik ladang Bin Salman kepada AFP.

“Selepas itu kami akan rendahkan suhu sekitar 15 hingga 30 minit sehingga proses penyulingan bermula dan proses ini mengambil masa selama lapan jam.”

Gambar: Fayez Nureldine, AFP
Gambar: Fayez Nureldine, AFP

Apabila minyaknya mula naik ke permukaan balang kaca, proses pengekstrakan bermula.

Minyak mawar ini diisi dalam bebuli minyak pelbagai saiz menggunakan picagari besar. Harga bebuli paling kecil boleh mencapai RM438 setiap satu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi