Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pusing Selangor Dulu, Ada 10 Tarikan Terbaharu Untuk Dikunjungi

Sedang mencari tempat riadah baru di Selangor? Kami ada 10 idea baru untuk anda.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 8:45AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak diperkenalkan pada Jun 2020, Kempen 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!' oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor.

Di kala industri pelancongan perlu sedia menangani impak pandemik COVID-19, Selangor memperkukuhkan status sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia dengan seleksi produk pelancongan baharu yang berpotensi menggamit kedatangan pelancong. Jom semak senarai yang berikut.

1) Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor

Singgah Santai Resort merupakan penginapan berciri resort terbaharu di daerah Hulu Langat dengan menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan pengunjung. Di sini, turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar resort. Para penggemar aktiviti percutian dan backpacking, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menikmati pengalamanan menyeronokkan kerana suasananya yang mendamaikan dan agak terpencil dari hiruk-pikuk kota.

2) Tugu Badminton Anak-anak Sidek, Banting

Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor

Monumen di pekan Banting ini dibina bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik ‘Anak-Anak Sidek’ yang amat popular suatu ketika dulu. Didirikan dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek, tempat tokoh-tokoh badminton negara tersebut membesar. 

3) Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor

Air Terjun Sungai Lepoh yang terletak di daerah Hulu Langat ini juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok. Kawasan air terjun ini merupakan kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam yang tinggal di sekitar Lembah Klang, terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum.

4) Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting

Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor

Anjung Spotter, terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Kini ia dibuka kepada orang ramai untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA dari sudut-sudut menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya di kalangan kanak-kanak.

5) Ardence Labs @ Eco Ardence, Setia Alam

Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Ketika ramai berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik untuk dikongsi di akaun media sosial, pemaju hartanah di Selangor turut tidak terkecuali mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar pembangunan mereka. Sebagai contoh, Ardence Labs @ Eco Ardence merupakan tarikan terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafiti dan lain-lain.

6) Elmina Central Park, Shah Alam

Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor

Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda. Bintang utama tarikan ini sudah pastilah Elmina Iconic Bridge yang berwarna-warni. Boleh rakam sebanyak mana gambar yang anda inginkan. 

7) HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor

HL Dragon Fruit Eco Farm ini bukan sahaja mempunyai ladang tanaman buah naga yang luas, malah ia turut menyediakan pelbagai aktiviti pertanian untuk diterokai oleh pengunjung. Anda berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang berpengetahuan luas.

8) Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat

Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Selangor

Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu buat pencinta alam semula jadi. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas puas berendam di kawasan air terjun yang banyak terdapat di daerah Hulu Langat.

9) Woodhouse KKB IO Home, Tinggian, Kuala Kubu Bharu

Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di rumah kayu yang cukup unik serta penuh privasi. Menginap di sini memberi peluang untuk anda menikmati pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan. Woodhouse KKB IO Home dilengkapi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.

Ia juga memiliki kolam renang, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan, kemudahan untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi.

10) Bukit Chenuang, Hulu Langat

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Bukit Chenuang yang terletak di daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga. Ini kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan. Di sepanjang perjalanan juga terdapat beberapa batang anak sungai untuk melepaskan lelah dan bersantai sebelum meneruskan perjalanan. 

Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel dan di laman YouTube di saluran ‘Tourism Selangor’.

Untuk makluman, biarpun pihak Tourism Selangor rancak mempromosikan tarikan-tarikan yang ada, namun harus diingatkan, aktiviti percutian di negeri ini perlulah dilaksanakan dengan berhemah. Hampir kesemua kawasan pelancongan di Negeri Selangor telah mempraktikkan garis panduan berlandaskan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Oleh itu, pelancong atau pengunjung sendiri perlulah sentiasa peka. Sentiasa pastikan membuat pendaftaran ke premis pelancongan menerusi aplikasi Selangkah: ‘Langkah Masuk Dengan Selamat’, amalkan penggunaan cecair pembasmi kuman secara kerap, menjaga penjarakan sosial, serta sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam demi kesejahteraan bersama. - Getaran, 11 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

2

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

3

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

6

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

oleh Rahayu MN