web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LILIT. Kini Di KL East Mall, Jom Dapatkan Baju Raya Idaman

Masih mencari baju raya? Apa kata jenguk dua koleksi istimewa musim perayaan daripada LILIT. di butik pertama mereka.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Apr 2021 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LILIT., jenama dari kumpulan FashionValet, telah membuka butik pertama mereka di KL East Mall baru -baru ini. Dengan pembukaan julung-julung kalinya ini, peminat LILIT. boleh melihat dan mencuba sendiri koleksi LILIT. sebelum membuat sebarang pembelian. 

Perkembangan terbaru ini sudah pastilah menggembirakan peminat LILIT., lebih-lebih lagi sambutan Aidilfitri semakin menghampiri. 

Sebagai jenama yang terkenal dalam dunia fesyen tempatan, LILIT. memberi sentuhan kontemporari kepada gaya fesyen sopan sejak kemunculannya pada 2018. Jenama ini telah menetapkan tanda aras bagi fesyen moden yang bergaya tetapi sopan lagi minimal untuk wanita hari ini. 

“Kami berterima kasih kepada pelanggan yang setia bersama kami sejak di awal kehadiran kami dalam industri fesyen. Sokongan tanpa jemu yang diberikan inilah yang membolehkan kami mencapai kejayaan hari ini dan akhirnya membawakan pembukaan butik fizikal.

“Jadi, kami harap dengan pelancaran ini, kami boleh menyediakan ruang untuk wanita menemui gaya tersendiri mereka dan merasa yakin apabila memakai helaian LILIT.,” ujar Salamah Salleh, Pengurus Jenama, LILIT..

Diilhamkan oleh sentuhan feminin dan dekorasi kontemporari minimalis, butik LILIT. membawa tema merah jambu pastel dengan dihiasi cermin besar bersama petikan-petikan kata yang memberi inspirasi di sekeliling stor. 

“Bagi menawarkan pelanggan pengalaman lebih unik serta menarik minat mereka untuk berkongsi foto-foto menarik di laman sosial masing-masing, butik ini akan memaparkan hasil seni tersendiri dan akan ditukar pada setiap enam bulan.

“Untuk enam bulan pertama, LILIT. akan memaparkan beg kertas LILIT. dengan ukuran saiz manusia di dalam bilik persalinan untuk membolehkan pelanggan mengambil gambar,” ujar Salamah lagi.

Sempena Aidilfitri tahun ini, LILIT. melancarkan ‘LILIT. Tetangga’ sebagai tema koleksi Raya 2021 mereka. Tema ini diilhamkan oleh gaya feminin dan klasik dengan sentuhan moden dan tetap mengekalkan keselesaan juga penggunaan warna-warna menawan bagi mengembalikan keceriaan sambutan raya yang agak suram pada tahun lalu. 

Tahun ini LILIT. tampil dengan konsep yang cukup unik dan dekat di hati masyarakat, di mana ia mengambil inspirasi daripada mereka yang terdekat dan sentiasa berada di sekeliling anda ketika  musim perayaan. Koleksi ini memberi tumpuan kepada personaliti jiran-jiran berlainan yang selalu menghidupkan suasana raya dan menjadikannya lebih bermakna. 

 

Kolaborasi Unik LILIT.  dan Farm Fresh 

Selain ‘LILIT. Tetangga’, jenama fesyen ini juga bekerjasama dengan Farm Fresh, jenama produk tenusu segar tempatan, dengan melancarkan koleksi istimewa sempena Aidilfitri.

Koleksi LILIT. dan Farm Fresh menggunakan fabrik selesa yang direka dalam siluet moden, rekaan feminin dengan cetakan tersendiri yang diilhami dari elemen Farm Fresh seperti pagar kandang lembu, padang ragut, pokok kurma dan juga kotak susu.  Koleksi ini berharga di antara RM199 hingga ke RM299.

Lebih bermakna dan membawa semangat Ramadan, LILIT. dan Farm Fresh juga  menghulurkan 1,000 pek hadiah istimewa yang mengandungi sehelai kaftan rekaan khas dan pelbagai produk Farm Fresh yang berkhasiat, kepada wanita yang memerlukan agar semua dapat menyambut lebaran bersama. 

“Apabila kami memutuskan untuk melancarkan kolaborasi untuk Aidilfitri, kami terfikir tentang apakah makna raya bagi kita semua. Kami semua bersetuju bahawa Raya yang bermakna dan begitu istimewa bagi kebanyakan orang ialah juadah raya, baju raya dan orang yang terdekat.

“Yang paling penting, kami ingin menghulurkan tangan dan meringankan beban kepada masyarakat, begitu juga dengan Farm Fresh. Dengan ini kami mendapat tema ‘Giving Eid’ untuk kolaborasi kami dengan mereka. Kami ingin mainkan peranan kami supaya orang ramai boleh bergembira pada Hari Raya,” kongsi Min Luna, Pengarah Kreatif, LILIT.. 

Kedua -dua koleksi raya ini boleh didapati di laman web  https://www.fashionvalet.com/lilit, di FashionValet ataupun di butik LILIT.. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang butik dan koleksi yang akan datang, anda juga boleh mengikuti LILIT. di laman sosial Instagram.

Istimewa untuk penduduk Putrajaya dan kawasan berhampiran, cawangan IOI City Mall, Putrajaya akan dibuka pada 8 Mei 2021 – Getaran – 27 April 2021

Semua gambar: Ihsan LILIT.

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi