web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku Kanak-Kanak Guna Teknologi AR Pupuk Semangat Membaca!

Selari dengan peredaran zaman, industri buku tanah air turut berkembang dengan menggunakan teknologi Augumented Reality (AR) dalam buku penerbitan mereka.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 5:32PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memupuk semangat membaca, sebuah syarikat penerbitan tempatan menggunakan teknologi Augumented Reality (AR) ataupun Realiti Berperantara dalam buku terbaharu terbitan mereka. 

Penerbitan buku Aulad.my menghasilkan dua buah buku menggunakan teknologi ini iaitu Buku Indahnya Berdoa Alif dan Indahnya Berdoa Anis yang disasarkan untuk bacaan kanak-kanak. Pembaca boleh mempelajari lebih lanjut tentang doa melalui animasi 3D dengan memuat turun aplikasi khas.

AR membolehkan pembaca melihat sesebuah objek 2D atau 3D secara nyata. Melalui teknologi AR, objek visual yang diperlihatkan di dalam buku atau apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang boleh dilihat pada paparan skrin telefon bimbit ataupun komputer. 

Bukan hanya tertumpu kepada teknologi AR, malah ia diperbaiki dengan sentuhan grafik dan lukisan untuk memupuk budaya membaca buat anak-anak.

“Penggunaan teknologi AR ini juga selari dengan perkembangan dunia yang sedang beralih ke metaverse dimana pada masa hadapan teknologi AR ini merupakan sesuatu yang penting bagi kanak-kanak ini.

“Memahami generasi Alpha yang membesar dengan penggunaan gajet dan teknologi dalam kehidupan seharian mereka, Aulad.my berharap teknologi AR yang digunakan di dalam buku-buku ini dapat menarik minat serta menyemai budaya membaca dalam kalangan mereka,” kata Zulfadhli yang juga merupakan Pengurus Besar Majalah Aulad.my dalam satu kenyataan.

Keunikan buku-buku ini adalah, ibu bapa boleh mencetak nama si manja mereka di dalam buku cerita tersebut. Ini bermakna helaian buku itu dibuat khas dengan menggunakan nama si manja mereka sebagai watak utama.

Keistimewaan mencetak nama ini, ia akan membuatkan si kecil yang membaca dan mendengar buku ini merasa lebih gembira kerana ia menceritakan tentang diri mereka sendiri.

Buku-buku yang diterbitkan secara eksklusif oleh Aulad.my bukan sahaja tertumpu kepada teknologi AR, malah diperbaiki dengan sentuhan grafik dan lukisan yang menarik agar dapat memupuk budaya membaca buat si kecil dengan harga serendah RM 39.00.

Bermula dengan hanya menjual Majalah Aulad yang memperkenalkan Alif dan Anis sebagai watak utama, Aulad.my berkembang maju dengan menghasilkan buku-buku aktiviti lain yang bersesuaian untuk kanak-kanak berusia empat hingga sembilan tahun.

Bertapak lebih 21 tahun dalam pasaran, buku-buku Aulad.my sering digunakan sebagai alat bantuan tambahan pembelajaran. 

Pembaca boleh mendapatkan info lanjut menerusi laman sesawang Aulad.my. - Getaran, 16 Disember 2021


 

Gambar: Aulad 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13