web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Solat Lima Waktu Diwajibkan Selepas Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj, umat Islam hanya mengerjakan solat dua rakaat pada awal pagi dan dua rakaat pada waktu senja.

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 3:36PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang sangat penting dalam kalendar Islam. Ia adalah hari di mana umat Islam diberi kesempatan meraikan peristiwa luar biasa dalam sejarah Islam iaitu pengembaraan Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit untuk bertemu Allah SWT.

Perjalanan dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi Muhammad SAW kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Israk bermaksud perjalanan Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, manakala Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmaqdis.

Peristiwa luar biasa itu dijelaskan Allah SWT dalam Surah Al-Israk pada ayat pertama yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Peristiwa terakam dalam al-Quran itu membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW sebagai tanda kerasulannya.

Seperti yang kita maklum, perintah solat sebanyak lima waktu kepada umat Islam berlaku setelah peristiwa Israk dan Mikraj.

Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya atau belum jelas adakah sebelum peristiwa ini ibadat solat tidak diwajibkan dan bagaimana pula cara solat didirikan sebelum peristiwa berkenaan?

Memetik perkongsian yang dibuat di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memang terdapat perbezaan dalam ibadat solat sebelum dan selepas peristiwa Israk dan Mikraj.

Kewajipan untuk mengerjakan lima waktu solat fardu ke atas umat Islam berlaku setelah Rasulullah SAW diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT.  Sabda Rasullulah:

فَقَالَ: هِيَ خَمْسٌ، وَهِيَ خَمْسُونَ، لَا يُبَدَّلُ القَوْلُ لَدَيّ

Maksudnya: “Allah SWT berfirman: Lima waktu dan ia sebenarnya menyamai 50 waktu solat. keputusan ini tidak berubah di sisi-Ku.” (Riwayat Bukhari (349)

Berdasarkan riwayat di atas, dapat difahami bahawa solat fardu yang wajib didirikan oleh umat Islam ialah sebanyak lima waktu.

Imam Badr al-Din al-‘Aini turut menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 waktu namun atas sifat rahmat-Nya umat Islam diwajibkan untuk mengerja sebanyak lima waktu.

Namun, ini bukan bermaksud tiada perintah dan kewajipan solat sebelum daripada peristiwa berkenaan kerana pensyariatan solat bermula semenjak Rasullulah SAW menjalankan dakwahnya di kota Makkah lagi.

Bahkan terdapat firman Allah SWT yang menyatakan beberapa keadaan ‌ berkenaan solat yang berbunyi:

فَاصْبِرْ ‌عَلَى ‌مَا ‌يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

Maksudnya: “Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.” - Surah Qaf (39)

Ibn Kathir mentafsirkan maksud ayat “bertasbihlah sambil memuji tuhanmu terutama sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam” ialah merujuk kepada kefarduan solat sebelum peristiwa Israk dan Mikraj ialah dua kali iaitu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam dan ia diwajibkan ke atas nabi dan umatnya ketika itu.

Selain itu, terdapat juga riwayat lain yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat sejak Baginda menerima wahyu yang pertama lagi.

Perkara ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya:

أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَاهُ فِي أَوَّلِ مَا أُوحِيَ إِلَيْهِ، ‌فَعَلَّمَهُ ‌الْوُضُوءَ ‌وَالصَّلَاةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasul ketika menyampaikan wahyu pertama dan mengajarkan Rasul SAW wuduk dan solat.” (Riwayat Ahmad (17480)

Namun, bilangan dan rakaat solat sebelum berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj adalah berbeza iaitu Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat sebanyak dua rakaat pada awal pagi dan di akhir siang hari. – Getaran, 8 Februari 2024

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13