Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penang Woman Akhirnya Miliki Wajah

Penang Woman merupakan objek warisan yang tak ternilai dan sangat signifikan bagi tapak arkeologi Guar Kepah.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Aug 2022 12:00PM

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Shariful Idzwan Sahidan menunjukkan lakaran wajah Penang Woman dan replika rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun yang ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas, George Town kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Lakaran wajah Penang Woman itu dibuat menerusi kaedah Forensic Facial Approximation (FFA) berdasarkan tengkoraknya oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.

Artikel jurnal berkenaan wajah rangka manusia itu diterbitkan menerusi Applied Sciences, https://www.mdpi.com/journal/applsc pada 5 Ogos lepas, dengan kumpulan yang sama sebelum ini telah berjaya menghasilkan lakaran wajah Perak Man menggunakan kaedah 3D pembinaan semula secara maya, tahun lepas.

Seorang penyelidik USM yang juga penulis koresponden bagi jurnal itu, Shaiful Idzwan Sahidan berkata jurnal dan kajian penyelidikan itu dijalankan oleh tujuh penyelidik USM yang diketuai oleh Dr Johari Yap iaitu Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM.

Shaiful Idzwan yang ditemui hari ini berkata Penang Woman merupakan objek warisan yang tak ternilai dan sangat signifikan bagi tapak arkeologi Guar Kepah serta merupakan satu-satunya rangka Guar Kepah iaitu rangka ke-42 yang ditemukan oleh pengkaji Malaysia pada 19 April 2017 serta berada di Pulau Pinang.

"Rangka Penang Woman satu-satunya dijumpai di bawah Bukit Kerang iaitu timbunan cangkerang kira-kira 7 meter oleh pengkaji Malaysia yang kita perlu menjaganya demi warisan bersama.

"Rangka manusia itu dianggarkan mati ketika berusia 30 hingga 35 tahun dengan ketinggian kira-kira 150 cm dan ujian pada tisu rangka turut menyimpulkan bahawa individu ini banyak mengambil protein daripada makanan laut atau sungai," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk mendapatkan hasil wajah Penang Woman itu dengan melalui beberapa proses antaranya imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di Hospital USM di Kubang Kerian, Kelantan.

Shaiful Idzwan berkata seterusnya, pihaknya menggunakan kaedah FFA bagi mengenal pasti dan membina semula muka Penang Woman itu sebelum lakaran wajahnya dibuat dan berjaya mendapatkannya pada 5 Julai lepas.

Beliau berkata berdasarkan wajah Penang Woman pihaknya mendapati dia adalah daripada kelompok atau ras campuran Australomelanesoid (tipikal orang asli) dan Mongoloid.

"Pendedahan rupa bentuk wajah Penang Woman itu juga merupakan antara petunjuk penting yang menunjukkan bahawa lebih 5,000 tahun lepas berlaku percampuran dua kelompok ras pada ketika itu yang tinggal di kawasan Guar Kepah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut berharap 41 lagi rangka yang ditemukan di Guar Kepah dan telah dibawa ke Belanda dapat dibawa pulang oleh kerajaan negeri ke Pulau Pinang bagi tujuan penyelidikan.

"Sekiranya rangka-rangka yang ditemukan di Guar Kepah dapat dibawa pulang ke sini, kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kelompok dan cara hidup masyarakat zaman prasejarah ketika itu,'' katanya.

Guar Kepah di Kepala Batas, merupakan tapak prasejarah pertama di Semenanjung yang digali untuk dikaji sejak 1863, kira-kira 162 tahun yang lepas.

Bagi yang berminat untuk melihat terus tapak arkeologi dan replika Penang Woman boleh ke Galeri Warisan arkeologi Guar Kepah manakala rangkanya yang asli masih dipelihara dan diteliti di USM kerana ia perlu berada dalam persekitaran terkawal dengan suhu serta kelembapan yang baik. - Bernama

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Warga Emas Panik, Punca 5 Cedera

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan