web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


K9 Digunakan Bantu Kesan Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 1:32PM

Usaha mencari mencari mangsa memasuki hari kedua dengan 24 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, PPDA dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Teluk Intan terlibat dalam misi berkenaan. - Gambar ihsan Bomba.  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua anjing pengesan dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa berusia lapan tahun itu dengan melakukan kaedah pencarian di tebing sungai. 

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan sejauh dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat. 

"Keadaan di lokasi kejadian tidak mengizinkan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk pencarian dan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya usaha mencari mangsa yang memasuki hari kedua itu masih diteruskan melibatkan 24 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, PPDA dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Teluk Intan.  

"Operasi ini turut dibantu 12 anggota polis, enam daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia termasuk tujuh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Slim," katanya. 

Semalam, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan