web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meletup! Anak Che Ta Diraikan Dengan 8 Biji Kek

Semalam, Aaisyah telah pun menginjak usia 8 tahun dan ibu bapanya telah berusaha untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya dalam sebuah majlis yang cukup istimewa. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 12:27PM

Aaisyah (empat kanan) meraikan hari jadi kelapannya semalam. - Gambar dari Instagram Rozita Che Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untung sungguh si comel Aaisyah Dhia Rania kerana memiliki pasangan ibu dan bapa selebriti, Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang bukan sahaja glamor dan terkenal tetapi  cukup penyayang serta mahukan yang terbaik untuk anak mereka. 

Semalam, Aaisyah telah pun menginjak usia lapan tahun dan ibu bapanya itu telah berusaha untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya dalam sebuah majlis majlis yang cukup istimewa. 

Aaisyah Dhia Rania
Aaisyah Dhia Rania

Che Ta telah memuat naik sendiri beberapa hantaran sempena sambutan ulang tahun Aaisyah yang ke-8 itu dengan kapsyen: 8 tahun 8 kek.

Dekorasi majlis itu sangat cantik dan menarik. Segalanya mengikut tema warna majlis ini iaitu merah jambu dan emas. Nampak begitu mewah dan classy!

Bahkan, Aaisyah turut mengenakan top dan skirt mengikut tema warna pakaian yang sama dan dia kelihatan bagaikan seorang puteri pada majlis itu.

Kemuncak kepada acara ini adalah apabila Aaisyah menyambutnya dengan lapan biji kek yang melambangkan sambutan usia lapan tahunnya itu.

Kesemua lapan biji kek itu mempunyai reka bentuk yang berbeza, namun ia juga masih tidak lari daripada tema warna acara majlis itu.

Aishah yang sentiasa ditemani ibu dan bapanya telah menyambut hari jadinya itu bersama dengan kehadiran rakan-rakan sebayanya.

Ramai peminat dan rakan-rakan selebriti yang memberikan ucapan selamat hari jadi kepada Aaisyah dan memuji kecomelannya.

Tidak kurang juga yang berpendapat majlis hari jadi Aaisyah ini meletup dengan dekorasinya yang hebat dan meriah serta disambut dengan lapan biji kek sekali gus. - Getaran, 14 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan