web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Masih Sokong PKR Walau Tanpa Pemimpin Popular

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 5:14PM

Nurul Izzah (dua dari kiri) bertemu masyarakat ketika program walkabout calon Bukit Batu, Sen Sern (kiri) di Kulai hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berdepan masalah meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor biarpun tidak mengetengahkan pemimpin popular.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, walaupun tanpa nama besar, ramai pemimpin PKR masih setia bersama parti itu dan bersemangat untuk membantu perjuangannya.

Bagaimanapun, katanya, parti itu tetap menampilkan calon baharu serta muda yang memiliki prestasi serta kemampuan baik.

“Kami semua masih bersama parti. Saya, Rafizi Ramli (mantan Naib Presiden PKR) dan beberapa lagi ada calon baharu yang muda-muda. Kita harus bina semangat semula dan menyatakan bahawa kita terus teguh bersama.

“Kita kena setia bersama PKR, yang mengkhianati itu tak perlulah saya ulang nama mereka, yang penting adalah kita menumpukan kepada keberkesanan calon kita untuk menjadi wakil kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program walkabout calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Chiong Sen Sern di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Sementara itu, Nurul Izzah menyambut baik penyertaan lebih ramai calon wanita yang dikemukakan semua parti bertanding pada PRN Johor.

Beliau berkata, ia adalah satu perkembangan baik dan menjadi tren di seluruh dunia yang meletakkan wanita lebih ke hadapan.

“Kalau tengok di seluruh dunia, inilah tren kerana ramai yang mahu melihat keupayaan wanita.

“Ini adalah penting yang menunjukkan adanya pemahaman, kesedaran dan peranan wanita, bukan sahaja di peringkat pemutus keputusan, tetapi kita mahu kuasa wanita itu di setiap segmen (bidang),” katanya.

Pada masa sama, Nurul Izzah yang mengadakan beberapa siri kempen bersama calon PKR di PRN Johor berkata, aktiviti berkempen dalam suasana norma baharu akibat pandemik COVID-19 bukan perkara mudah.

“Kita terpaksa memaksimakan apa dibolehkan dalam persaingan agak sengit menerusi PRN kali ini, tetapi kita tidak boleh ambil kesempatan dan perlu lakukan yang terbaik untuk meraih undi rakyat untuk calon parti kita,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad