Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Meghan Markle Bakal Runtuhkan Monarki Britain?

Apakah mungkin salah sebuah monarki tertua di dunia runtuh disebabkan seorang wanita? Berbaloikah menjatuhkan sesebuah organisasi atau individu demi hak diri sendiri?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2021 8:45AM

Joe PUGLIESE / HARPO PRODUCTIONS / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lepas, timeline media sosial dibanjiri dengan berita mengenai bual bicara di antara Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan Meghan Markle.

Sebelum program berkenaan disiarkan, media Britain sudah mula berteka-teki dengan beraneka spekulasi. Dan sebaik ia bersiaran, efek domino mula terlihat dengan media dan umum saling bercakaran untuk menegakkan pendapat masing-masing manakala keluarga diraja Britain pula seolah-olah berada di ambang kepincangan dek pendedahan yang dilakukan oleh Meghan.

Menantu Putera Charles berkenaan mengakui yang apa yang bakal diperkatakannya adalah kebenaran dan dia tidak langsung menerima sebarang bayaran.

Terlalu banyak khabar angin negatif bertebaran semenjak dia menjadi sebahagian daripada keluarga diraja dan kini sudah sampai masanya untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.  

 Dalam usaha untuk membersihkan nama sendiri, Meghan yang kini mengandungkan anak kedua, sebenarnya sudah mencalarkan nama baik keluarga diraja Britain yang dahulunya dihormati namun sayang kini dipandang serong.

Kebetulan tarikh temu ramah untuk bersiaran pula jatuh pada hari sama di mana Permaisuri Elizabeth dijadualkan memberi ucapan untuk Hari Commonwealth. Bagaikan sudah dirancang walaupun tiada sedikit pun ketua negara berusia 94 tahun itu menyentuh mengenai cucundanya dan isteri. 

Media yang membuat perbandingan dengan temu ramah bersama Puteri Diana pada 1995, semua menyetujui yang versi Meghan Markle pada 2021 adalah jauh lebih buruk impaknya tatkala warna kulit menjadi salah satu topik diskusi. 

Antara isi kandungan utama sesi perbualan kontroversi ini adalah isu rasisme yang kononnya diamalkan oleh keluarga diraja. Meghan dengan beraninya berkongsi cerita di mana ada sebilangan ahli keluarga Harry yang berasa risau mengenai warna kulit anak mereka apabila lahir kelak.

Sewaktu sedang sarat mengandungkan Archie, Meghan juga menyatakan yang dia di dalam kemurungan dan ingin membunuh diri.

Namun permintaannya untuk mendapatkan bantuan dihalangi oleh pihak istana malah mereka suami isteri mengakui berasa terperangkap apatah lagi tidak lagi menerima sebarang bantuan kewangan daripada Putera Charles. Dan lagi, Meghan menekankan yang Kate Middleton membuatkan dia menangis sewaktu majlis perkahwinannya. 

Krisis keluarga diraja Britain ini sudah boleh dihidu ramai sebaik Putera Harry berumah tangga dengan pilihan hatinya, Meghan Markle – seorang aktres Amerika yang pernah berkawin dan berdarah campuran.

Namun situasi bertambah serius sejak setahun lalu apabila pasangan ini membuat keputusan drastik apabila mereka membuat pengumuman akan meninggalkan kehidupan diraja dan memulakan hidup baru di Amerika Syarikat.

Meghan dikatakan tidak tahan dengan pelbagai kekangan yang diperwajibkan ke atasnya oleh pihak istana malah mengesahkan yang dia tidak tahu-menahu mengenai protokol kehidupan sebagai isteri kepada seorang putera Britain sebelum mengambil keputusan untuk mengahwini Putera Harry.

Kenyataan ini awal-awal lagi diperlekehkan kerana alangkah tidak logiknya kerana kita kini berada di zaman internet yang mana informasi di hujung jari. 

John Stillwell / POOL / AFP
John Stillwell / POOL / AFP

Kisah Meghan Markle ini sebenarnya banyak mengingatkan saya kepada Wallis Simpson, wanita yang menjadi suri hati kepada Raja England terdahulu iaitu Edward.

Kerana cinta, Edward dengan kehendak sendiri, sanggup menuruni takhta Britain pada 1936 lalu menyerahkan mahkotanya kepada ayahanda Permaisuri Elizabeth hari ini.

Antara Meghan dan Wallis tidak banyak jauh bezanya. Persamaan antara keduanya adalah mereka cuma rakyat biasa, pernah berkahwin dan berkerakyatan Amerika.

Namun kehadiran Wallis ditentang habis-habisan oleh keluarga diraja, berbeza dengan Meghan yang diterima dengan sepenuh hati.

Dengan zaman sekarang yang mengangkat suara kesamarataan dan keadilan hak untuk semua, Meghan pula menyimbah minyak ke api dengan bersuara mengenai isu rasis dan kesihatan mental yang sememangnya menjadi topik yang sedang trending kini.

Tetapi apakah berbaloi semua ini apabila yang dikecapi hanya memporak-perandakan keluarga diraja seterusnya negara demi kepentingan sendiri? 

Generasi hari ini memang dengan semudah itu menjatuhkan individu atau organisasi yang mana ideologinya tidak selari dengan falsafah era moden yang mereka kini fahami.

Sedangkan kerajaan semasa pun boleh tumbang, apatah lagi institusi lapuk seperti sebuah monarki. Negara kita juga mengguna pakai sistem monarki. Apakah pemerintahan beraja mendatangkan lebih kebaikan berbanding yang di sebaliknya?

Saya secara peribadi berpendapat yang sistem monarki wajar dipertahankan kerana ia bukan sekadar sebuah legasi keluarga berdarah raja. Kerajaan pilihan rakyat pun ada masanya goyah dan dikala krisis, rajalah yang memainkan peranan untuk menstabilkan pentadbiran negara dibawah satu kuasa mutlak yang berdaulat.

Lihat sahaja permainan politik negara kita hari ini. Tanpa kuasa autonomi Yang Dipertuan Agong, tentunya suasana pentadbiran akan menjadi lebih genting dan meresahkan rakyat. 

Sama juga dengan monarki Britain. Ia wujud bersebab. Keruntuhannya mungkin akan menyebabkan kehancuran sebuah tamadun.

Jadi untuk Harry dan Meghan menghentam keluarga diraja secara terbuka adalah suatu keputusan yang pentingkan diri sendiri dan agak pendek akal. Kerana kadang-kala dalam hidup ini kita perlukan pengorbanan.

Kata orang, for the greater good. Tetapi persoalan yang lebih menarik bagi saya pada saat ini adalah, apakah seorang wanita Amerika berkulit hitam – single handedly - bakal menjadi individu yang ditakdirkan akan meruntuhkan monarki Britain yang sudah berusia ribuan tahun lamanya? Seperti tidak munasabah. But never say never. - Getaran, 14 Mac 2021

Mula berkecimpung di dalam dunia penulisan fesyen sejak 2004, Suzie Adnan adalah bekas Ketua Pengarang kepada majalah fesyen unggul tanahair, GLAM. Bergelar graduan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM, beliau turut berpengalaman di dalam lapangan peruncitan fesyen mewah ataupun 'luxury retail'. Ibu kepada dua cahaya mata ini kini menyediakan khidmat konsultansi di dalam bidang-bidang berkaitan.

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pelakon Korea, Lee Sun Kyun Ditemui Mati Di Tengah-Tengah Siasatan Dadah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bunuh Diri Akibat Buli Siber, Program Rakan Muda Isu Dikupas Dewan Rakyat

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Talian HEAL 15555 Terima 24,346 Panggilan Hingga Ogos - KP Kesihatan

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart