web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DPAKM Tawar Pembiayaan RM800 Juta Jamin Kesinambungan Pengeluaran Makanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 9:25PM

Kemudahan pembiayaan itu termasuk untuk ternakan ayam, lembu dan kambing, tanaman sayur serta usahawan mikro, mikro baharu serta usahawan muda. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju dengan pelaksanaan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) di bawah Agrobank yang membabitkan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program DPAKM akan menawarkan kemudahan pembiayaan khusus mengikut agihan pembiayaan.

Dr Ronald Kiandee
Dr Ronald Kiandee

Menurutnya, ia menawarkan RM300 juta bagi ternakan ayam, manakala ternakan ruminan (lembu dan kambing) (RM200 juta), tanaman sayur (RM100 juta), usahawan mikro (RM100 juta), usahawan mikro baharu (RM50 juta) dan usahawan muda (RM50 juta).

“Had maksimum pembiayaan bagi ternakan ayam, ternakan ruminan dan tanaman sayur ditetapkan sehingga RM5 juta.

“Manakala, had maksimum pembiayaan bagi usahawan mikro, usahawan mikro baharu dan usahawan muda adalah sehingga RM500 ribu,” katanya menerusi kenyataan.

MAFI juga giat dalam mempermudah pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu. - Gambar fail
MAFI juga giat dalam mempermudah pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu. - Gambar fail

Beliau berkata, tempoh pembiayaan untuk DPAKM ini adalah sehingga 8.5 tahun, termasuk enam bulan moratorium yang akan ditawarkan kepada semua golongan sasar.

Jelasnya, MAFI juga giat dalam mempermudah pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

Sehingga 21 Jun 2022, katanya, sebanyak 4,041 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM262 juta diluluskan oleh MAFI.

“Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara akan terus memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan susulan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan, selain memperincikan inisiatif jangka masa pendek, sederhana serta panjang merentasi semua subsektor agromakanan.

“Kerajaan akan meneruskan usaha memperkukuh sekuriti makanan negara dalam memastikan kelangsungan bekalan dan ketersediaan makanan di pasaran kekal terjamin, dengan harga berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Ronald berkata, Mesyuarat Kabinet itu juga mengambil maklum status bekalan makanan negara yang dibentangkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi lapan komoditi makanan utama, iaitu daging ayam, daging lembu atau kerbau, telur, susu segar, ikan, buah, sayur dan beras.

Katanya, secara am, bekalan makanan negara masih mencukupi dan bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga Jun 2022, malah disasarkan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa. – Getaran, 22 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan