Berita Terkini

1 jam yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 1 jam yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 1 jam yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 1 jam yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 1 jam yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Kes Jill Ireland Bukan Isu Kalimah Allah Tapi Rampasan VCD – Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 11:53AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak meneruskan semakan kehakiman kes Jill Ireland lawan kerajaan Malaysia adalah melibatkan isu rampasan cakera padat video (VCD) milik individu terbabit, bukannya berkaitan kalimah Alllah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, disebabkan berlaku percanggahan arahan pentadbiran pada 1986, maka kerajaan akan mengkaji arahan pentadbiran yang lebih komprehensif dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“Hal yang berlegar melibatkan isu pentadbiran terkait isu rampasan VCD milik Jill Ireland, bukanlah isu kalimah ‘Allah’.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, oleh kerana terdapat percanggahan dalam arahan pentadbiran pada 1986, maka kerajaan akan kaji arahan pentadbiran yang lebih komprehensif dalam isu tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Malah beliau berkata, kerajaan juga akan mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja seperti yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Saifuddin turut memuatnaik infografik pencerahan secara kronologi mengenai isu berkenaan di Facebooknya bagi memudahkan orang ramai memahami perkara tersebut dengan lebih jelas.

Kronologi kes berkenaan bermula dengan Jill Ireland membawa masuk lapan VCD pendidikan agama Kristian yang kemudian dirampas dan disita oleh KDN.

“Kemudian Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk memulangkan semula rampasan dan kerajaan ketika itu membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

“Rayuan itu dibuat supaya kerajaan mempunyai ruang bagi mengenalpasti fakta baru, analisis penghakiman serta melibatkan banyak perbincangan.

“Sekiranya rayuan tidak dibuat pada waktu itu dan kemudian terlepas tempoh rayuan, apa pun tak boleh nanti,” katanya.

Jelas beliau lagi, apabila kerajaan Malaysia Madani mengambil alih Putrajaya, mereka sudah memeriksa semula sejarah kes dan penghakiman, seawal Januari.

“Rupa-rupanya mahkamah bagi kemenangan kepada Jill bukan sebab “kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam”, tetapi sebab “arahan pentadbiran 1986” KDN ketika itu bercanggah dengan keputusan Jemaah Menteri pada Mei 1986. Isu pentadbiran bukan isu teologi.

“Apa keputusan kerajaan baru? Oleh kerana “arahan pentadbiran” lama tidak boleh digunakan, akan kaji “arahan pentadbiran” yang lebih menyeluruh bagi menangani isu kalimah Allah,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Malaysia dan KDN pada Selasa memaklumkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, "Hanya untuk orang Kristian" dan lambang salib di hadapan kulit buku.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh Jill Ireland bahawa hak Perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan. – Getaran, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Tze Yong, Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Terbuka Thailand

Semasa 6 jam yang lalu

Lebih 1,000 Jemaah Hadir Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan Agong

Semasa 16 jam yang lalu

‘Kami Tak Pernah Lancar Tabung Kes Wanita Mualaf Orang Asli’ - MRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kepercayaan, Saling Menghormati Tingkatkan Hubungan Malaysia-China - Pakar