Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Nasser's Kitchen @ Getaran Ep. 2: Resepi Sup Labu

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 9:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi unik dan menyelerakan dari dapur Nasser's Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP LABU (PUMPKIN SOUP)

Bahan-bahan

800g labu

1 batang lobak merah

1 biji bawang holland

3 ulas bawang putih

1000ml air

2 kiub pati ayam

Minyak zaitun

1 sudu besar mentega

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil lada hitam

1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Hiasan

Whipping cream

Daun kucai

Kaedah

1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk. Kalau tak ada minyak zaitun, minyak masak biasa pun boleh.

2. Tumiskan bawang holland. Gunakan api yang sederhana sahaja supaya bawang tidak terlalu garing.

3. Masukkan 1 sudu besar mentega dan cairkan.

4. Tambah secubit garam supaya bawang masak lebih cepat. Garam akan menarik keluar air daripada bawang.

5. Bila bawang dah mula layu, masukkan lobak merah yang telah dipotong.

6. Bila lobak merah sudah lembut sedikit kita masukkan bawang putih cincang. Jangan masukkan bawang putih terlalu awal untuk elakkan bawang putih terlebih masak. Untuk sup ini cuma tumis sekejap sahaja, sekadar 1-2 minit sahaja.

7. Masukkan kepingan labu yang kita potong tadi. Gaulkan labu dengan bahan tumisan sehingga sebati.

8. Tambahkan 1 liter air. Bila sudah mendidih, tambah 2 kiub pati ayam dan kacau sehingga larut sepenuhnya. 9. Tutupkan periuk dan masak sehingga labu empuk selama 20-30 minit.

10. Labu sudah empuk bila sudah lembut dan boleh dipotong dengan garpu.

11. Asingkan labu, lobak merah, bawang dan lain-lain daripada air rebusan. Biarkan sejuk seketika supaya mudah untuk kita kisar dalam blender. Elakkan mengisar bahan panas dalam blender, kerana bahan-kisar panas boleh menyembur keluar dari blender!

12. Bila sudah sejuk, masukkan separuh daripada bahan pejal yang direbus ke dalam blender.

13. Kemudian tambah sebahagian dari air rebusan , dan kisar sehingga halus.

14. Ulang sehingga semua bahan rebusan dan air rebusan dikisar.

15. Tuangkan semula sup yang telah dikisar ke dalam periuk. Pastikan tidak ada yang tertinggal.

16. Tambah satu sudu kecil serbuk cili. Kalau mahu lebih pedas boleh tambah lagi serbuk cili mengikut citarasa anda, ataupun kurangkan serbuk cili untuk kurangkan pedas.

17. Tambah 1 sudu kecil lada hitam, 1 sudu kecil gula dan 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa.

18. Masak sup sehingga kelihatan kelihatan mula mendidih dan berbuih di tepi periuk.

19. Sup labu kuning kini siap untuk dihidangkan dengan sedikit whipping cream dan dihiaskan dengan sedikit daun kucai.

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 20 jam yang lalu

Terbaik La Pemandu Lori

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Oyen Salam Banyak Kali Ni, Mesti Banyak Buat Salah

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Kalau Kena Kat Keluarga Sendiri, Apa Dia Rasa 

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 4 jam yang lalu

Motosikal Langgar Tembok, Remaja Maut, Rakan Cedera

oleh Wartawan Getaran