Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


[FOTO] Dibenar Tunai Solat, Penduduk Wilayah Persekutuan Lega

Kapasiti jemaah solat Jumaat di semua surau Jumaat dan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperluaskan

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 12:15PM

Lebih ramai umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh menunaikan solat fardu Jumaat selepas kelonggaran diberikan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehingga 18 Februari ini membuatkan umat Islam seluruh Malaysia kecuali Sarawak turut menerima kesan ekoran arahan untuk melaksanakan solat Jumaat mengikut kapasiti yang dihadkan.

Ia menyebabkan ramai jemaah terpaksa pulang dengan rasa hampa selepas tidak dibenarkan menunaikan solat kerana kapasiti yang melebihi had, walaupun sudah beratur dalam waktu yang lama.

Ada yang mengambil tindakan solat di luar pagar masjid - walaupun tidak dibenarkan - namun ramai yang pulang hampa dan sebaliknya, menunaikan solat Zohor di rumah.

Umat Islam di seluruh Wilayah Persekutuan bagaimanapun beroleh sedikit kelegaan Jumaat lepas, apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan semua masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan menerima jemaah dalam kapasiti separuh daripada keluasan premis, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter, berpandukan perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, kebenaran itu turut mencakupi solat fardu lima waktu di dewan utama surau atau masjid.

Apa pun, jemaah yang hadir ke masjid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, seperti digariskan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jurufoto Getaran, SADIQ ASYRAF meninjau perkembangan terbaharu itu di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini. - Getaran, 6 Februari 2021

Pematuhan SOP masih dijalankan di semua masjid di Wilayah Persekutuan.
Pematuhan SOP masih dijalankan di semua masjid di Wilayah Persekutuan.
Perkara utama bagi jemaah yang ingin solat di masjid ialah membawa sejadah bersama dan berwuduk di rumah sebelum hadir menunaikan solat di masjid.
Perkara utama bagi jemaah yang ingin solat di masjid ialah membawa sejadah bersama dan berwuduk di rumah sebelum hadir menunaikan solat di masjid.
Umat Islam di Wilayah Persekutuan turut mensyukuri dengan kelonggaran yang diberikan JAWI.
Umat Islam di Wilayah Persekutuan turut mensyukuri dengan kelonggaran yang diberikan JAWI.
SOP mengikut MKN ialah jarak antara jemaah perlu 1.5 meter antara satu sama lain.
SOP mengikut MKN ialah jarak antara jemaah perlu 1.5 meter antara satu sama lain.
Khatib membaca khutbah di depan lebih ramai jemaah berbanding sebelum ini.
Khatib membaca khutbah di depan lebih ramai jemaah berbanding sebelum ini.
Kini masjid dan surau di Wilayah Persekutuan boleh membenarkan kehadiran jemaah lebih daripada separuh kapasiti masjid.
Kini masjid dan surau di Wilayah Persekutuan boleh membenarkan kehadiran jemaah lebih daripada separuh kapasiti masjid.
Umat Islam di Wilayah Persekutuan kini lebih gembira untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau.
Umat Islam di Wilayah Persekutuan kini lebih gembira untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau.
Bersujud kepada Allah secara berjemaah amat disyukuri oleh umat Islam.
Bersujud kepada Allah secara berjemaah amat disyukuri oleh umat Islam.
Nikmat bersolat secara berjemaah terutama solat Jumaat amat dinanti-nantikan oleh umat Islam.
Nikmat bersolat secara berjemaah terutama solat Jumaat amat dinanti-nantikan oleh umat Islam.

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 13 jam yang lalu

Oyen Salam Banyak Kali Ni, Mesti Banyak Buat Salah

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Tau La Nak Cepat, Lori Sebesar Tu Pun Tak Nampak?

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 17 jam yang lalu

Kalau Kena Kat Keluarga Sendiri, Apa Dia Rasa 

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 5 jam yang lalu

Terbaik La Pemandu Lori

oleh Wartawan Getaran