Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasser’s Kitchen @ Getaran Ep. 8: Lotus Biscoff Cheesecake

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi hidangan kegemaran ramai yang cukup menyelerakan dari dapur Nasser’s Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

Bahan-Bahan

500g Cream Cheese

400g Lotus Biscoff Spread

250g Lotus Biscoff biscuits

80g Gula castor

80g mentega cair

250ml (1 cawan) whipping cream

Kaedah

1) Untuk membuat base cheesecake, patahkan 20 kepingan biskut (160g) dan kisarkan sehingga halus.

2) Kemudian tambah mentega cair. Boleh dicairkan di dalam microwave atau dalam periuk dengan api kecil.

3) Tutup dan kisar sehingga sebati. Ini akan mengambil masa beberapa saat sahaja. Dan hasilnya seperti pasir yang lembap.

4) Masukkan campuran biskut dan mentega ke dalam springform pan atau loyang cheesecake seperti ini. Ratakan dan mampatkan. Pastikan base cheesecake rata dan padat, tetapi tidak terlalu mampat.

5) Sejukkan dalam peti sejuk untuk 30 minit supaya keras.

6) Pukul cream cheese dengan hand mixer atau boleh dipukul dengan tangan, Cuma akan mengambil masa yang lebih lama. Gunakan kelajuan rendah pada awalnya dan tambah kelajuan bila cream cheese semakin lembut.

7) Bila cream cheese sudah mula kembang masukkan gula castor dan pukul sehingga sebati.

8) Tambah Lotus Biscoff spread yang telah diasingkan tadi, dan pukul sehingga sebati. Jangan bimbang jika adunan tidak kelihatan halus dan masih berketul-ketul. Adunan akan menjadi halus dan cair setelah ditambah whipping krim.

9) Tambahkan whipping cream (kandungan lemak 35%). Gunakan food processor untuk memutarkan krim. Ini akan menghasilkan krim putar yang lebih pekat, halus dan stabil. Ini adalah kerana krim diputar pada kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada hand mixer. Whipped cream yang lebih stabil akan menghasilkan cheesecake yang terbaik.

10) Food processor memerlukan kurang dari 2 minit untuk memutarkan krim. Jangan putar terlalu lama kerana krim boleh menjadi mentega dalam sekelip mata.

11) Campurkan separuh krim dahulu ke adunan cheesecake. Gaulkan dengan spatula. Campurkan baki dan gaulkan sekata.

12) Untuk mendapatkan adunan yang halus, gunakan pemukul telur.

13) Tuangkan ke dalam acuan kek. Dan ratakan. Goyang dan ketuk untuk keluarkan gelembung udara jika ada. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk minima 6 jam atau lebih baik semalaman.

14) Setelah cheesecake mengeras, gunakan tuala suam untuk melonggarkan tepi acuan supaya mudah tanggal. Buka tepi loyang. Cheesecake sedia untuk dihiaskan.

15) Cairkan baki Lotus Biscoff spread di dalam microwave dan tuangkan ke atas kek. Pastikan biscoff spread tidak terlalu panas, sekadar mudah dituang sahaja seperti ini. Ratakan dengan sudu atau spatula.

16) Kemudian taburkan dengan biskut yang telah dihancurkan.

17) Akhir sekali letakkan satu keping biskut ditengah kek. Sejukkan dalam peti sejuk untuk 30 min supaya topping mengeras sedikit.

18) Lotus Biscoff Cheesecake siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pantas Abang Buat Kerja

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Kalau Nak Masuk Air Kena Bawak 'Motobot' Kak...

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 21 jam yang lalu

Sokongan Terhadap Palestin Di Universiti AS Masih Membara

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Lori Halang Laluan Smart Lane

oleh Wartawan Getaran