Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 5 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 5 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 5 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Penangan 'Squid Game', Jung Ho Yeon Kini Duta Global Louis Vuitton

Sebagai duta global Louis Vuitton, wajah jelita Jung Ho Yeon bakal diabadikan dalam kempen fesyen, jam dan barang kemas jenama terkenal itu. 

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 11:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat bulan jatuh ke riba, itulah yang boleh digambarkan mengenai tuah pelakon drama bersiri 'Squid Game' iaitu Jung Ho Yeon, 27, apabila dia menempa populariti luar biasa dalam sekelip mata dek penangan drama yang disiarkan di saluran penstriman, Netflix.

Anda mungkin mengenalinya sebagai Kang Sae-byeok atau Competitor 067 dalam drama bersiri sembilan episod yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu, namun tahukah anda Squid Game adalah kemunculan pertamanya sebagai seorang pelakon?

Sebelum terlibat dengan siri 'Squid Game', Jung Ho Yeon merupakan peragawati antarabangsa dan sering beraksi di pertunjukan fesyen di minggu fesyen serata dunia. Dia juga merupakan naib juara program realiti 'Korea’s Next Top Model' musim keempat. 

Namun, selepas muncul dalam siri ''Squid Game', nama Jung Ho Yeon tiba-tiba melonjak naik sehinggakan jumlah pengikut di Instagramnya juga naik mendadak dari 410 ribu ke 18.7 juta dalam masa tiga minggu sejak drama itu ditayangkan.

Lonjakan bilangan pengikut di Instagram ini sekali gus telah menjadikannya sebagai pelakon wanita yang mempunyai bilangan pengikut Instagram kedua paling tinggi di Korea Selatan mengatasi Bae Suzy yang kini jatuh di tempat ketiga.

Malah, peningkatan jumlah pengikut Instagram Jung Ho Yeon juga telah disahkan sebagai peningkatan terpantas dalam sejarah pengguna Instagram mengatasi Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Kylie Jenner sejak 17 September 2021. 

Jika sebelum ini Jung Ho Yeon banyak terlibat dengan pertunjukan fesyen untuk rumah fesyen seperti Chanel, Bottega Venetta, Marc Jacobs, Moschino dan Louis Vuitton,  kini dia telah dilantik sebagai duta global buat jenama mewah dari Perancis, Louis Vuitton. 

Sebagai duta global Louis Vuitton, wajah jelita Jung Ho Yeon bakal diabadikan dalam kempen fesyen, jam dan barang kemas jenama terkenal itu. 

“Saya jatuh cinta dengan bakat dan personaliti Jung yang sangat hebat. Saya sangat berbesar hati untuk memulakan lembaran baharu bersama sejak kami mula bekerjasama di Louis Vuitton beberapa tahun lalu”, kata pengarah kreatif Louis Vuitton, Nicolas Ghesquiere. 

Selain Louis Vuitton, jenama pakaian sukan terkenal, Adidas juga telah ‘menyambar’ Jung sebagai wajah kempen terbaharu mereka. - Getaran, 12 Oktober 2021

Gambar: Instagram @hoooooyeony & @louisvuitton

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok