Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Penopang Komputer Riba Harus Anda Miliki

BDR? Jom intai jenama-jenama ini untuk pengalaman bekerja dari rumah yang lebih selesa.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jun 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama seperti meja, penopang komputer riba (laptop stand) adalah cara mudah untuk meningkatkan produktiviti anda semasa tempoh bekerja dari rumah (work from home) ini berlangsung sepanjang PKP 3.0.

Penopang komputer riba adalah aksesori tambahan yang ringkas, tetapi sangat berguna. Selain menjadi hiasan, ia mampu memudahkan sesi pekerjaan anda. Kebanyakan penopang komputer riba juga terbina boleh laras, yang sesuai dengan tahap ketinggian pandangan mata anda. 

Kelebihan penopang komputer riba yang lain adalah ia dapat menghindarkan komputer riba daripada menjadi terlalu panas dek terpasang 24 jam. Bohonglah jika anda tidak mengambil peluang berbaring-baring di katil semasa melakukan pekerjaan di rumah, bukan?

Dengan penopang komputer riba, perkara-perkara seperti overheated kerana meletakkan komputer riba anda itu tadi di atas tilam katil tidak akan terjadi. Penopang komputer sememangnya memudahkan dan praktikal. 

Berikut, kami senaraikan lima penopang komputer riba yang terbaik, sama ada dari segi rekaan, mudah alih atau faktor ergonomik, yang boleh anda beli di atas talian, seperti berikut:

Paracel 

Reka bentuk yang kemas dan ringkas. Sesuai untuk mereka yang gemarkan rekaan Skandinavia. Penopang komputer riba kayu keluaran Paracel ini boleh juga digunakan sebagai simpanan dan hiasan kerana rekaannya yang menawan.

Klik untuk membeli Paracel.

Nulaxy 

Penopang komputer riba dari Nulaxy ini diperbuat daripada 100% aluminium. Ia juga mendapat penilaian atas talian terbaik oleh 16 ribu pengguna dengan purata 4.8 bintang daripada 5 bintang.

“Saya menggunakannya untuk sesi mesyuarat Zoom. Ia memudahkan saya melihat muka-muka ahli panel yang lain di paparan skrin, tanpa tidak perlu mendongak ke atas atau bawah,” tulis salah seorang pengguna memberi maklum balas tentang Nulaxy.

Klik untuk membeli Nulaxy.

Auledio 

Penopang komputer riba boleh laras keluaran Auledio ini terbaik dari segi penjajaran (alignment). Sudut dan tahap ketinggian Auledio Adjustable Laptop Cart boleh dilaras secara optimum untuk keselesaan leher pengguna. 

Klik untuk membeli Auledio.

Rainbean

Menurut penerangan produk, Rainbean Foldable Portable Adjustable Laptop Cart bukan sahaja boleh digunakan di atas meja, malah boleh juga digunakan di atas katil, meja makan, perabot dan mana-mana lokasi yang mempunyai permukaan. Rainbean pilihan sesuai untuk banyak lokasi. 

Klik untuk membeli Rainbean.

Skrebba

Penopang komputer riba dari Skrebba ini bukan hanya sesuai untuk pekerja malah, sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan siswa universiti. Ia juga sesuai untuk mereka yang selalu mengembara kerana ia ringan. Reka bentuk Skrebba Laptop Stand ini ringkas dan moden. 

Klik untuk membeli Skrebba.

Jadi, yang mana menjadi pilihan hati? Selamat membeli dan WFH! – Getaran, 23 Jun 2021

Semua gambar: Dari jenama-jenama berkenaan 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran