Berita Terkini

38 minit yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney 38 minit yang lalu: KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor - Exco 2 jam yang lalu: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) terima pakai resolusi kutuk ujian peluru berpandu Korea Selatan 2 jam yang lalu: Lebih 46,000 penduduk di Selatan Jepun diarah pindah akibat Taufan Mawar 3 jam yang lalu: Kebimbangan kemelut hutang AS dorong Bursa Malaysia dibuka rendah dan berhati-hati

IKUTI KAMI


5 Permainan Video Terhangat 2021!

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 10:00AM

Gambar: Laman Web hogwartslegacy.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gamers, grab your controllers!

2021 bakal menjadi tahun terbesar untuk permainan video, dengan beberapa ‘nama besar’ yang sangat dinanti-nantikan setelah Microsoft dan Playstation melancarkan konsol generasi baru pada bulan November lalu.

Melainkan wabak COVID-19 mengganggu jadual pelancaran, berikut adalah lima permainan yang paling diperkata, yang direncanakan untuk keluaran tahun ini.

Horizon Forbidden West

Sambungan kepada Horizon Zero Dawn (2017) - permainan video aksi yang berlatarkan dunia pasca malapetaka besar, di mana manusia bertarung dengan makhluk mekanikal gergasi. 

Horizon Forbidden West pula berlatarkan Amerika Barat yang telah menjadi ‘liar’ semula, menceritakan pengembaraan terbaru pemburu wanita muda bernama Aloy. Dia harus mencari sumber satu wabak misteri yang membunuh serta membongkar rahsia lama di sepanjang sesi kembaranya. 

Dengan grafik yang memukau dan dunia kembara yang terbuka luas untuk diteroka, SONY berharap permainan ini bakal meletakkannya di hadapan pesaing utama; Microsoft, ketika permainan ini dilancarkan di PlayStation 4 dan 5 pada penggal kedua 2021.

Hogwarts Legacy

Kembalinya Harry Potter? Kurang tepat. Tiada Harry, Ron mahupun Hermoine, tetapi ahli sihir, goblin dan makhluk ghaib pula yang muncul dalam permainan video aksi semesta J.K. Rowling ini, ihsan Avalanche Software.

Permainan ini mengikuti jalan filem Fantastic Beasts, kembali ke akhir abad ke-19, sebelum waktu Harry Potter. 

Petualangan sihir yang liar, di mana pemain dapat mencipta watak mereka sendiri dan menyerapi suasana maya Hogwarts era 1800-an. Hogwarts Legacy bakal dilancarkan tahun ini untuk konsol Sony dan Microsoft. 

Humankind

Studio Perancis, Amplitude akan melancarkan permainan video strategi gaya peradaban ini pada bulan April untuk Windows, Apple dan Stadia.

Pemain harus membimbing peradaban mereka melalui enam era berbeza, bermula dari zaman nomad dan seterusnya. Mereka perlu bersaing dengan saingan lawan berdasarkan sejarah, untuk melihat apakah mereka dapat memperolehi kemenangan, melalui kemahiran taktik dan teknologi. 

Bergantung pada budaya yang dipilih, pemain dapat merancang untuk menang melalui pelbagai taktik, termasuk pertempuran bersenjata atau perdagangan.

Deathloop

Satu lagi studio Perancis - Arkane, berada di belakang permainan video berkonsepkan first-person shooter ini, di mana pemain akan berperanan sebagai Colt – seorang pembunuh upahan yang terperangkap dalam lingkaran masa (time loop). 

Deathloop mengambil elemen dari kisah Dishonored dan bakal dikeluarkan di PS5 dan Windows pada 21 Mei 2021 serta Xbox Series X/S pada tahun hadapan. 

12 Minutes

Satu lagi permainan video yang terjebak dalam lingkaran masa, 12 Minutes ciptaan Nomada Studio (Barcelona, Sepanyol), di mana protagonis terlihat di pangsapurinya dalam situasi harian bersama pasangannya.

Spoiler: Pembunuhan segera terjadi dan pemain harus berulang kali mengemudi kitaran 12 minit untuk menyelesaikan misteri berikutnya. 

12 Minutes dijadualkan untuk pelancaran tahun ini dan akan tersedia di Windows dan Xbox One / X Box Series X / S. 

AKAN DATANG

God of War Ragnarok beralih daripada fokus mitologi Yunani kepada dewa-dewa Norse. Ia dijadualkan untuk dilancarkan di Playstation tahun ini, tetapi ditunda dan tidak dijangka akan dilancarkan lebih awal daripada akhir tahun ini. 

Microsoft pada awalnya merancang untuk melancarkan Halo Infinite – instalasi terbaru yang dibintangi Master Chief - bersama dengan pelancaran Xbox Series X / S pada bulan November. Namun ia ditangguhkan kira-kira setahun selepas grafik di trailer mendapat kritikan di media sosial. 

Sekuel lain yang dinanti-nantikan adalah The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 yang dimajukan oleh Nintendo untuk konsol Switch. Edisi pertama permainan video kembara-aksi ini menjulang kejayaan yang cukup besar, menjual berjuta-juta salinan dan mendapat pujian luas dengan konsep tanpa aturannya (open-ended gameplay). 

BELUM DILANCARKAN 

Apa yang anda tidak akan lihat pada tahun 2021 adalah Grand Theft Auto VI, The Elder Scrolls VI dan Final Fantasy XVI. Pemain-pemain permainan video perlu menunggu lebih lama lagi untuk sekuel-sekuel yang dinanti-nantikan ini. – AFP, 10 Februari 2021

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

oleh Izwan Ramlan