Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tidak, WhatsApp Tidak Boleh Mendengar Perbualan Anda

WhatsApp baru-baru ini telah mengemaskinikan terma penggunaannya dan ia menimbulkan banyak berita kurang enak dan kemarahan pengguna. Mari baca penjelasan WhatsApp.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 10:29AM

Gambar: Anton, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aplikasi ternama WhatsApp seperti obses untuk meyakinkan para penggunanya bahawa ia tidak boleh mendengar perbualan mereka. Melalui fungsi ‘Status,’ WhatsApp cuba menenangkan para pengguna yang termakan khabar angin yang muncul selepas aplikasi itu mengeluarkan terma penggunaannya yang baru awal tahun ini. Berbondong-bondong pengguna WhatsApp di seluruh dunia dilaporkan telah berhenti menggunakan aplikasi ini.

“WhatsApp tidak boleh membaca atau mendengar perbualan peribadi anda kerana ia disulitkan hujung ke hujung (encrypted end-to-end). Banyak maklumat salah dan kekeliruan yang muncul apabila kami mengemaskinikan terma penggunaan kami dan kami mahu membantu para pengguna untuk memahami fakta-fakta sebenar tentang cara WhatsApp melindungi privasi dan keselamatan pengguna,” kata seorang jurucakap WhatsApp kepada The Verge. 

“Pada masa hadapan kami akan lebih sering menggunakan fungsi ‘Status’ supaya pengguna mendapat maklumat langsung daripada kami. Kemas kini pertama kami menekankan bahawa WhatsApp tidak boleh melihat pesanan peribadi anda. Facebook juga begitu kerana kedua-duanya disulitkan hujung ke hujung. 

Semenjak pemberitahuan kemas kini, WhatsApp telah dikecam oleh para pengguna dan ramai yang telah berhenti menggunakan aplikasi ini dan berpindah kepada aplikasi seperti Telegram atau Signal. 

Disebabkan kemarahan ini juga, WhatsApp telah menunda tarikh pelaksanaan terma baru ini ke bulan Mei. Sepatutnya ia dilaksanakan pada bulan Februari ini. 

Syarikat pemesejan yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg (yang juga pemilik aplikasi Facebook dan Instagram) ini mengakui kelemahannya dalam berkomunikasi dengan para pengguna sebelum ini.  WhatsApp berharap dengan meningkatkan perhubungan melalui fungsi ‘Status’ ia dapat meyakinkan pengguna untuk terus menggunakannya. Secara tidak langsung juga ia ‘memaksa’ pengguna yang mahu tahu perkembangan lanjut tentang polisi privasinya untuk kekal menggunakan WhatsApp. - ETX Studio, 3 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Cybersecurity Keluar Amaran Aktiviti Menyamar, Tipu Melalui Akaun WhatsApp 

4

Karier 8 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya