Berita Terkini

19 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Antara 5 Helmet Termahal Di Dunia

Helmet adalah peralatan yang wajib dipakai ketika menunggang motosikal. Namun tahukah anda jenama-jenama helmet termahal dunia? minggu ini kami kongsikan. 

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 1:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Helmet adalah sebuah peralatan yang wajib dipakai ketika menunggang motosikal bagi melindungi kepala jika berlakunya kemalangan. 

Memakai helmet merupakan salah satu undang-undang yang telah ditetapkan dan jika tidak dipakai atau dipasangkan dengan sempurna, pihak berkuasa boleh mengenakan saman. 

Tambahan lagi, buat pengguna di Malaysia anda perlu memastikan helmet yang dipakai juga mempunyai cop pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang telah diluluskan. 

Ini bagi memastikan kualiti helmet tersebut sah diperbuat daripada bahan yang betul, keras dan boleh bertahan jika terkena impak hentakan yang kuat di kepala. 

Teknovasi hari ini berkongsi antara lima helmet yang termahal didunia.

AGV Sport Modular Carbon 

Model ini merupakan helmet muka penuh (full face) dan dicipta oleh syarikat yang berasal daripada Valenza, Italy yang bernama AGV’s. 

Ia merupakan sebuah helmet yang direka mengikut spesifikasi modular sukan dan memberikan keselesaan kepada penunggang ketika memakainya. 

Tambahan lagi, bahan pada bahagian dalam kepala dan tepi pipi helmet ini diperbuat daripada serat fiber yang menyebabkan beratnya menjadi ringan. 

Reka bentuknya pula agak biasa namun corak binaan grafik yang ditampilkan pada bahagian permukaan luar nampak garang dan lasak. 

Harga bagi sebuah helmet yang dikatakan warisan AGV’s ini bernilai RM3,500.  

Shoei X-Fourteen Marquez

Marc Márquez nama pelumba yang tidak asing lagi di dalam sukan perlumbaan motosikal GP. 

Terdapat sarung tangan, jaket, baju dan seluar perlumbaan edisi khas pemain tersebut yang dijual melalui laman sesawang Revzilla.com yang berasal daripada Philadelphia. 

Ini termasuk sebuah helmet yang merupakan model edisi Marc Márquez bernama Shoei X-Fourteen Marquez juga dicipta dan mempunyai harga yang agak lumayan. 

Ini kerana terdapat sentuhan corak grafik yang khusus pada helmet tersebut yang sama seperti yang pernah dipakai oleh Marquez sendiri semasa perlumbaannya di Litar America (COTA) pada 2019. 

Harga bagi seunit helmet tersebut bernilai RM3,560 dan model ini dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad sahaja.

Schuberth C4 Pro Carbon

Bagi helmet ini pula, ia mempunyai kepelbagaian fungsi selain daripada alat keselamatan. 

Schuberth C4 Pro Carbon adalah helmet buatan Jerman yang dipasangkan teknologi seperti pembesar suara dan sistem bluetooth di dalam helmet. 

Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan oleh penunggang motosikal yang mengadakan konvoi dalam jumlah yang besar untuk berkomunikasi semasa di atas jalan raya. 

Tambahan lagi, pembeli sudah tidak perlu bersusah payah untuk membuat bayaran tambahan terhadap teknologi ini kerana ia telah siap dipasang pada helmet. 

Malah ia selamat digunakan dan masih mempunyai berat yang ringan kerana bahan helmet tersebut diperbuat daripada serat karbon. 

Harga bagi seunit helmet ini bernilai lebih RM4,000 dan merupakan helmet jenis modular yang termahal setakat ini.

Hedon Heroine Racer Metallic Python

Helmet ini dibina dan dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang berasal daripada London bernama Hedon. 

Selain itu, helmet ini menampilkan rekaan yang mempunyai elemen nostalgia dan garang.

Bagi model Hedon Heroine Racer Metallic Python ini, ia dikeluarkan dalam edisi khas dengan mengenakan warna luaran yang seakan-akan ular sawa. 

Keluaran ini juga telah meningkatkan tanda aras barisan helmet keluaran Hedon yang lain dan menjadikan ia model paling mahal pernah dicipta oleh mereka. 

Harga bagi sebuah unit helmit ini mencecah RM4,350.

Ruby Motorcycle Helmet Castel Shibuya

Akhir sekali ialah helmet keluaran Ruby Atelier yang terkenal dengan kualiti serta tahap eksklusivitinya.

Keberadaan helmet ini boleh dilihat di beberapa tempat akan tetapi China adalah kilang utama bagi proses pembuatannya. 

Bagi rekaan khas Helmet Castel Shibuya ini, rekaannya menampilkan jalur merah putih yang menyerlah dan masih menggunakan lapisan kulit pada bahagian dalamannya. 

Penciptaan ini menjadikan ia sebuah helmet fesyen yang unik dan jarang ditemui. 

Tambahan pula dengan memaparkan lambang ikonik jenama tersebut di bahagian tengah hadapan helmet, ia memperlihat model ini sebagai helmet fesyen yang termahal setakat ini. 

Harga bagi sebuah unit helmet ini mencecah RM6,400.

Gambar: motorcyclecruiser.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Mampu Tembus Kelompok 120 Terbaik Dunia Hujung Tahun Ini - Hamidin

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

4

TARA 1 tahun yang lalu

Senarai 12 Kereta Elektrik Murah Di Dunia

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 23 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki