Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Aplikasi Pilihan Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Zaman sekarang terdapat ajnas aplikasi untuk segala keperluan. Mungkin sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita jarang bersenam dan lebih sering makan sehingga berat badan bertambah. Jangan risau kami syorkan lima aplikasi yang boleh membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jan 2021 11:45AM

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak ke 2021, apa resolusi anda tentang berat badan? Pasti ramai yang memasang niat untuk menurunkan berat badan bukan? Bukan semata-mata untuk cantik, tetapi atas sebab kesihatan.

Untuk menurunkan berat badan, anda bukan hanya perlu mengamalkan diet yang baik tetapi mesti buat aktiviti fizikal atau senaman yang tepat. Kalau main belasah masakan ia membuahkan hasil. 

Satu cabaran utama ketika musim pandemik ini adalah pergerakan kita semua sangat terbatas. Kita tidak bebas untuk ke gim seperti selalu, tiada acara sukan yang dijalankan, malah kita terpaksa duduk di rumah untuk memutuskan rantaian COVID-19. 

Jadi apa penyelesaiannya? Jangan bimbang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dalam era digital ini, semuanya di hujung jari. Jika anda ingin melakukan diet berkesan dan mendapat berat badan ideal, 5 aplikasi berikut boleh membantu.

MyFitnessPal

Aplikasi yang telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali ini telah berjaya menurunkan 90,718,474 kilogram ahlinya dan 88 peratus orang  yang menggunakan aplikasi ini selama seminggu berjaya menurunkan berat badan.

Walau apa pun jenis diet yang anda amalkan, semuanya bergantung kepada jumlah kalori yang masuk dan kalori yang digunakan. Dengan aplikasi ini, anda boleh menghitung pengambilan kalori harian. 

Selain itu, MyFitnessPal juga membolehkan anda merekod pengambilan makanan untuk sepanjang hari berserta jumlah kalori yang telah diambil. Maklumlah, ia mempunyai sekitar 11 juta jenis makanan dari seluruh dunia di dalam pangkalan data makanannya.

Salah satu ciri MyFitnessPal yang sangat berguna adalah pengimbas kod bar yang berfungsi untuk memasukkan informasi khasiat daripada bungkusan makanan yang anda beli dan aplikasi ini akan menyimpan datanya. 

Lain-lain kelebihannya adalah ia boleh merekod pengambilan air kosong, panduan pemilihan makanan yang betul, serta memiliki papan pesanan (message board) yang menghubungkan anda dengan pengguna lain. Seronok bukan? Bolehlah berkongsi tip dan memotivasikan orang lain. 

HealthifyMe

Sempena kehadiran 2021, aplikasi ini membawakan kepada anda FitFest 21, festival kecergasan dalam talian terbesar bermula dari 1 hingga 31 Januari 2021. HealthifyMe adalah aplikasi kesihatan dan kecergasan yang menyediakan program diet penurunan berat badan dan pelatih peribadi.

Ia juga memberi kuasa kepada anda untuk menjejak pelbagai perkara seperti membasuh tangan, tidur, senaman, dan pengambilan kalori. Dinobatkan sebagai aplikasi pakar diet terbaik di India, HealthifyMe dapat membantu anda mencapai tujuan kecergasan anda.

HealthifyMe juga menyediakan video senaman di rumah tanpa menggunakan peralatan untuk lelaki dan  wanita seperti senaman untuk mengecilkan perut, lengan, bahu, dan paha, yoga, senaman regangan dan juga latihan pernafasan. 

Menurunkan berat badan tidak sukar asalkan anda melakukannya dengan betul dan tepat. Biarkan pengira kalori, carta diet, dan kalkulator pemakanan membimbing anda untuk mencapai matlamat penurunan lemak anda. 

Dapatkan cadangan kesihatan dan penurunan berat badan secara peribadi daripada Ria, pakar pemakanan AI (artificial Intelligence atau Kepintaran Buatan) pertama di dunia, yang dipacu oleh lebih daripada 200 juta log makanan dan pusat kecergasan. Berhubunglah dengan tenaga pengajar yoga profesional, pakar pemakanan dan pakar diet untuk menikmati bimbingan secara langsung.

Lose It!

Sejak dilancarkan pada tahun 2008, aplikasi ini telah dipaparkan dalam The Wall Street Journal, The Today Show, Men’s Health, Women's Health, CNET, Buzzfeed, CNN, Shape, Good Morning America, dan banyak lagi.

Lose It! adalah aplikasi pengiraan kalori dan diari pemakanan yang membantu anda mematuhi diet bagi mencapai penurunan berat badan yang sesuai. Cukup mudah! Muat turun aplikasi, tetapkan matlamat dan ikuti panduan yang tersedia. 

Dengan menggunakan aplikasi ini, anda bukan sahaja boleh mengetahui keperluan kalori harian, malah anda juga boleh membuat rencana penurunan berat badan peribadi melalui analisis berat badan, umur, dan matlamat kesihatan anda.

Apa yang membuatkan Lose It! berbeza daripada aplikasi yang lain ialah, ia mempunyai ciri Snap It. Fungsi ciri ini cukup menarik, hanya dengan mengambil gambar makanan yang dimakan, anda boleh mengetahui jumlah kalorinya. Hebat bukan? Jadi, tidak hairanlah mengapa aplikasi ini telah mendapat 10 juta muat turun.

Lose Weight At Home

Aplikasi kecergasan wanita ini mempunyai cadangan senaman untuk menghilangkan lemak perut daripada para profesional. Meraih 4.8 bintang di Google Apps Store, aplikasi ini direka untuk anda yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat. Bukan hanya menyediakan senaman yang sistematik, tetapi ia juga menyediakan program diet yang ideal untuk anda. 

Data latihan dan kalori anda boleh diselaraskan di Google Fit. Dengan animasi dan panduan video, anda boleh memastikan pergerakan senaman dilakukan dengan betul ketika berlatih sendiri. Tiada peralatan yang diperlukan, jadi anda boleh melakukan senaman dengan mudah di rumah atau di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Paling menyeronokkan, anda boleh mengesan kemajuan penurunan berat badan dalam bentuk grafik dan mengira kalori dengan jelas. Selain itu, anda boleh tetapkan sasaran untuk motivasi diri. Intensiti senaman akan ditambah secara perlahan-lahan dan anda perlu berehat setiap tiga hari agar tubuh badan dapat menyesuaikan diri.

Lose Weight App For Men 

Dengan lebih daripada 10 juta muat turun dan mendapat ulasan 4.9 bintang di Google Apps Store, aplikasi kecergasan istimewa untuk lelaki ini berbaloi untuk lelaki yang serius mahu menurunkan berat badan. Tiada gim, tiada masalah, lakukan sendiri di rumah!

Dengan latihan membakar lemak yang diakui berkesan oleh ramai penggunanya, anda boleh menyingkirkan lemak perut, menghilangkan lemak payudara (mimpi ngeri untuk kebanyakan lelaki), membentuk otot-otot badan serta meningkatkan stamina. Program 30 hari ini hanya mengambil masa di antara 5 - 10 minit setiap hari untuk menurunkan berat badan dan kekal cergas!

Pilihan senaman berimpak rendah turut tersedia, dan paling penting ia mesra pengguna. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami masalah sendi boleh menggunakan aplikasi ini tanpa was-was. 

Tiada peralatan khas yang diperlukan, cuma gunakan berat badan anda untuk mengurangkan lemak dan membina otot. Sama seperti aplikasi kecergasan yang lain, Lose Weight App For Men juga mampu mengesan kalori yang dibakar dan merekodkan kemajuan penurunan berat badan dalam bentuk grafik.

Jadi tiada alasan lagi untuk anda menurunkan berat badan. Ingat, badan yang sihat menjanjikan kesihatan mental yang baik. Amalkan pemakanan seimbang dan lakukan senaman secara rutin. Senaman akan membuatkan badan merembes hormon endorfin yang menjadikan mental dan fizikal lebih sihat.

Sayangi diri anda! - Getaran, 27 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Berapalah Upah Oyen Dapat Ni

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

4

Selera 10 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran